Amalan pembelajaran pendidikan akhlak menurut al-Ghazali : kajian terhadap pelajar di sekolah agama di negeri Perak

Azmil Hashim, and Mas’ani Ahmad, and Zahratun Sakinah Jamaluddin, (2017) Amalan pembelajaran pendidikan akhlak menurut al-Ghazali : kajian terhadap pelajar di sekolah agama di negeri Perak. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 9 (1). pp. 1-11. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: http://jiae.pimm.my/2017/06/17/volume-9-issue-1-20...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pembelajaran Pendidikan Akhlak pelajar di Sekolah Agama di negeri Perak berasaskan teori pembelajaran Akhlak oleh al-Ghazali. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif yang diperolehi melalui tinjauan dengan menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen. 310 orang pelajar tingkatan empat yang telah mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam telah dipilih untuk memberi respon terhadap soal selidik dalam kajian ini. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa kaedah pembelajaran pendidikan Akhlak pelajar di SMKA Perak berada pada tahap yang tinggi. Tinjauan terhadap kaedah pengajaran akhlak menunjukkan kaedah yang sering digunakan dalam pembelajaran akhlak oleh pelajar ialah pemerhatian, riyadhah, mujahadah, muhasabah. Manakala kaedah pergaulan masih kurang diamalkan oleh majoriti pelajar. Guru-guru pendidikan Islam seharusnya menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran akhlak yang berkesan bagi meningkatkan tahap penghayatan akhlak pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah pembelajaran; Pendidikan akhlak; Teori pembelajaran
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:20905
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Dec 2022 07:15
Last Modified:30 Dec 2022 03:12

Repository Staff Only: item control page