Kegiatan ko-kurikulum di sekolah dan kesannya kepada pembentukan akhlak murid

Syaza Mohd Sabri, and Asmawati Suhid, (2016) Kegiatan ko-kurikulum di sekolah dan kesannya kepada pembentukan akhlak murid. JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education, 8 (1). pp. 1-10. ISSN 1985-6236

[img]
Preview
PDF
498kB

Official URL: http://jiae.pimm.my/2016/06/25/volume-8-issue-1-20...

Abstract

Permasalahan akhlak dewasa kini sering menjadi semakin ketara dalam kalangan murid sekolah. Sekolah menjadi institusi terpenting selepas keluarga dalam pembentukan akhlak ini dan ini jelas termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain daripada kurikulum, aktiviti ko-kurikulum juga dilihat sangat penting bagi membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan murid sekolah. Walaupun telah banyak kemahiran, nilai dan akhlak sering di perkatakan dalam perlaksanaan ko-kurikulum di sekolah tetapi masih terdapat kemerosotan nilai kemanusiaan, nilai akhlak dan nilai moral pada masa kini yang semakin berleluasa. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan tahap pembentukan nilai akhlak dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah pada hari ini selari dengan matlamat pendidikan dalam melahirkan manusia yang seimbang, sepadu dan holistik. Seramai 50 orang responden telah terlibat. Hasil kajian mendapati bahawa persepsi murid pembentukan nilai akhlak dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah sangat baik, begitu juga dengan sikap murid terhadap aktiviti ko-kurikulum di sekolah sangat positif dan juga murid bersetuju bahawa guru mereka sangat memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak ketika aktiviti ko-kurikulum dijalankan.

Item Type:Article
Keywords:Nilai akhlak; Aktiviti ko-kurikulum
Journal:JIAE ; Journal of Islamic and Arabic Education
ID Code:20907
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Dec 2022 07:47
Last Modified:30 Dec 2022 03:35

Repository Staff Only: item control page