Analisis vokal /ɑ/ di akhir kata dalam dialek Melayu di hilir Pahang

Khairul Ashraaf Saari, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2022) Analisis vokal /ɑ/ di akhir kata dalam dialek Melayu di hilir Pahang. GEMA: Online Journal of Language Studies, 22 (4). pp. 142-160. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
724kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1554

Abstract

Kajian ini merupakan suatu analisis vokal /ɑ/ di Hilir Pahang berlandaskan hasil dapatan dua kajian dialek tradisional oleh Asmah Haji Omar dan Ismail Husin. Penelitian kajian dialek geografi khususnya di Pahang ini amat kurang diperinci secara jelas telah menjadi asbab utama perbincangan artikel ini dihasilkan. Objektif artikel adalah untuk mengenal pasti perubahan variasi fonologi yang tersebar serta untuk memperjelaskan perubahan yang dialami di sepanjang hilir Pahang. Metodologi penyelidikan menggunakan kaedah kajian lapangan dengan penglibatan 320 orang informan yang terdiri daripada golongan tua, dewasa dan remaja. Ianya meliputi 40 buah kampung di tiga buah daerah hilir Pahang, iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin. Analisis kajian diperjelaskan menerusi dua jenis angkubah iaitu linguistik dan non-linguistik. Angkubah linguistik akan ditelusuri menerusi pengaplikasian atur rumus fonologi yang asas bagi menjelaskan perubahan dialek yang berlaku, manakala angkubah non-linguistik pula akan meneliti aspek seperti sosiobudaya, sosioekonomi, geografi dan sejarah dalam merungkai asbab penyebaran sesuatu dialek. Fokus kajian tertumpu pada kehadiran vokal /ɑ/ diikuti konsonan nasal suku kata akhir. Hasil kajian mendapati wujud inovasi pada kawasan yang dikaji. Tuntasnya, artikel ini merangkumkan bahawa sebanyak 4 jenis dialek yang berjaya ditemui iaitu dialek Pekan, dialek Hilir Pahang, dialek Pesisir Pantai Terengganu dan dialek Kelantan. Penelitian kajian ini diperkukuhkan bersama paparan peta isoglos yang dijana melalui perisian Geographical Information System (GIS). Jelasnya, artikel ini telah menyumbang kepada dimensi kajian dialek geografi baharu menerusi penerapan analisis berasaskan teknologi GIS serta mengorak langkah dalam mengintegrasi disiplin non-linguistik dalam kajian dialek bagi merungkai pemerolehan data yang lebih menyeluruh.

Item Type:Article
Keywords:Dialek Melayu hilir; Dialek Pahang; Geographical Information Systems (GIS); Geolinguistik; Isoglos
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:20940
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:12 Jan 2023 08:34
Last Modified:12 Jan 2023 08:34

Repository Staff Only: item control page