Ahmad Faizal Yusoff, and Nik Norliati Fitri Md Nor, and Norizan Musa, and Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, (2022) Institusi pondok sebagai pilihan tempat tinggal warga emas wanita ke arah kesejahteraan hidup : kajian kes di Terengganu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (5). pp. 195-209. ISSN 1823-884x
|
PDF
402kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Institusi pondok telah menjadi salah satu pilihan tempat tinggal bagi warga emas beragama Islam untuk tujuan kerohanian. Umur yang panjang dan sihat pada usia 60 tahun dan ke atas adalah masa yang sesuai untuk mendalami ilmu agama dan aktiviti kerohanian sebagai bekalan di akhirat. Kajian ini bertujuan meneroka secara mendalam faktor pendorong warga emas memilih pondok sebagai tempat tinggal dan hubungannya dengan kesejahteraan hidup mereka. Seramai dua puluh (20) orang warga emas dalam kumpulan umur 59 hingga 80 tahun dan beragama Islam di Pondok Al-Huda, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam. Maklumat daripada warga emas dikaji dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian menemui faktor utama warga emas memilih tinggal di pondok adalah untuk mencari ketenangan dan menambah ilmu agama. Kebanyakan warga emas wanita cenderung memilih tinggal di pondok kerana kesunyian hidup selepas kematian suami. Dari aspek kesejahteraan, keseluruhan warga emas seronok dan mencapai kesejahteraan jiwa menerusi pelbagai pengisian rohani dan fizikal yang disertai di pondok seperti aktiviti harian yang bermanfaat, peluang berkawan, dan jaminan keselamatan. Kajian ini menonjolkan sumbangan penting Institusi Pondok al-Huda, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu sebagai institusi sokongan sosial yang amat diperlukan oleh warga emas untuk menjalani kehidupan pada usia tua yang sejahtera dan selamat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pondok agama; Warga emas wanita; Kesejahteraan hidup; Terengganu |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20943 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 13 Jan 2023 03:18 |
Last Modified: | 13 Jan 2023 08:01 |
Repository Staff Only: item control page