Isu-isu perancangan projek di negeri Sabah

Kadir Bin Arifin, and Rahah binti Ismail, (2022) Isu-isu perancangan projek di negeri Sabah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (5). pp. 98-113. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
250kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Proses pengurusan projek yang dilaksanakan dengan baik akan menggalakkan pertumbuhan dan mempercepatkan pencapaian objektif pembangunan negara. Walaupun telah memasuki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), namun masih berlaku shortfall atau ketidakcekapan prestasi kewangan dan fizikal projek awam disebabkan pelbagai faktor, antaranya kelemahan di peringkat perancangan projek. Kajian ini ingin mengenal pasti isu paling dominan di antara 4 isu perancangan projek iaitu isu tapak/tanah, isu brif projek, isu siling/peruntukan dan isu kelemahan di peringkat perancangan projek bagi projek fizikal pembinaan di Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan borang kaji selidik sebagai instrumen utama mendapatkan data. Sebanyak 273 responden terlibat iaitu pegawai dari kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41-54) yang terlibat dengan proses perancangan projek di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu kekerapan, min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa keempat-empat isu perancangan projek berada pada tahap kerap berlaku iaitu 3.39 min (67.75%) yang menjelaskan ianya kerap berlaku di peringkat perancangan projek. Isu brif projek merupakan aspek paling dominan iaitu 3.58 (71.60%) berbanding dengan aspek lain. Oleh itu, Kementerian/Agensi perlu memberi penekanan kepada kepentingan menyediakan brif projek yang lengkap bagi memastikan tidak berlaku perubahan di dalam keperluan pelanggan selepas projek telah bermula atau sedang dalam pelaksanaan.

Item Type:Article
Keywords:Isu brif projek; Isu kelemahan proses perancangan; Isu perancangan projek; Isu siling/peruntukan; Isu tapak/tanah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20944
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:13 Jan 2023 03:19
Last Modified:13 Jan 2023 07:46

Repository Staff Only: item control page