Mohamad Akmal Ibrahim, (2022) Peranan Tun Abdul Razak (Malaysia) dan Adam Malik (Indonesia) dalam menamatkan era konfrontasi Malaysia-Indonesia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (5). pp. 224-245. ISSN 1823-884x
|
PDF
306kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Konfrontasi Malaysia dan Indonesia yang berlaku pada tahun 1963 telah menjadi sejarah hitam buat negara serumpun. Kesan konfrontasi menyebabkan hubungan politik dan ekonomi terjejas sehingga merugikan kedua-dua negara. Ini menyebabkan proses pemulihan untuk menamatkan konfrontasi terus dilakukan bagi memastikan hubungan kedua-dua negara pulih semula. Ketika era konfrontasi Malaysia dan Indonesia berlaku, dua watak penting dalam pemulihan semula hubungan Malaysia dan Indonesia adalah Tun Abdul Razak (Malaysia) dan Adam Malik (Indonesia). Perubahan pemerintahan Indonesia daripada Presiden Sukarno kepada Presiden Suharto telah merubah persekitaran luar Indonesia yang membolehkan langkah awal pemulihan hubungan Malaysia dan Indonesia. Kajian akan mengkaji peranan dan sumbangan kedua-dua tokoh iaitu Tun Abdul Razak dan Adam Malik dalam memulihkan semula hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia. Kaedah metodologi yang digunakan adalah kualitatif dan pendekatan analisis sejarah untuk mengenal pasti peristiwa dan kronologi berpandukan analisis dokumen. Data yang digunakan adalah data yang diperolehi melalui sumber primer dan sekunder. Kajian mendapati bahawa pandangan dan ideologi dasar luar yang lebih neutral dan berkecuali dalam isu hubungan antarabangsa oleh kedua dua tokoh ini menjadi asas penting kepada persamaan dasar dalam pemulihan hubungan dan penamatan konfrontasi Malaysia dan Indonesia. Kajian ini memberikan pengetahuan mendalam hubungan Malaysia dan Indonesia terutama berkaitan peristiwa konfrontasi selain dapat membantu meningkatkan dasar hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tun Abdul Razak; Adam Malik; Konfrontasi; Malaysia-Indonesia |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20949 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 13 Jan 2023 03:20 |
Last Modified: | 13 Jan 2023 03:20 |
Repository Staff Only: item control page