Bahasa komunikasi atas talian dalam suasana akademik

Fuzirah Hashim, and Ahmad Aminuddin Soopar, (2022) Bahasa komunikasi atas talian dalam suasana akademik. GEMA: Online Journal of Language Studies, 22 (4). pp. 261-278. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
336kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1554

Abstract

Laman-laman di media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Twitter telah menyediakan satu platform di mana golongan belia boleh melibatkan diri dalam kumpulan yang mempunyai minat yang sama, dari segi disiplin atau bidang dengan mengemaskini pelbagai topik untuk perbincangan atas talian. Namun begitu, disebabkan media sosial telah mengambil ruang yang besar dalam kehidupan masyarakat, timbul kebimbangan mengenai impaknya terhadap bahasa komunikasi kita; terutamanya bahasa komunikasi para belia. Berdasarkan kepada fenomena ini, kajian ini merupakan satu usaha untuk menambahkan pemahaman bahasa komunikasi atas talian yang digunakan oleh belia di media sosial. Ia juga untuk mengisi jurang penyelidikan yang terdapat dalam bidang kajian mengenai pola bahasa yang digunakan dalam suasana akademik di kalangan belia di rangkaian komunikasi atas talian. Secara khusus, artikel ini akan melaporkan tentang ciriciri linguistik bahasa komunikasi atas talian yang digunakan oleh pelajar universiti dalam suasana akademik di Facebook dan menentukan samada corak bahasa yang digunakan adalah berkesan dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan. Kajian ini menggunakan dua kaedah penyelidikan, iaitu Etnografi Maya dan Analisis Kandungan. Data yang dikumpul adalah dalam bentuk tangkapan skrin dan coretan dalam perbualan. Analisis Kandungan digunakan untuk meneliti penggunaan bahasa dalam fenomena percampuran kod, penukaran kod dan pinjaman kata-kata tertentu daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua dan sebaliknya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan oleh para peserta di Facebook terdiri daripada campuran daripada penukaran kod, percampuran kod, kata-kata pengisi, emotikon, pengubahsuaian ejaan, perkataan bahasa asing dan bahasa pasar Bahasa Inggeris.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa komunikasi atas talian; Ruangan rangkaian sosial; Facebook; Persekitaran akademik; Ciri-ciri linguistik
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:20951
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:13 Jan 2023 02:11
Last Modified:16 Jan 2023 07:03

Repository Staff Only: item control page