Pemodelan penjadualan waktu kursus universiti menggunakan kaedah pengaturcaraan gol

Wan Malissa Wan Mohd Aminuddin, and Wan Rosmanira Ismail, and Norfaieqah Ahmad, (2022) Pemodelan penjadualan waktu kursus universiti menggunakan kaedah pengaturcaraan gol. Journal of Quality Measurement and Analysis, 18 (3). pp. 37-51. ISSN 2600-8602

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: https://www.ukm.my/jqma/current/

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membina sebuah model penjadualan waktu kursus universiti yang cekap berdasarkan pemodelanan matematik yang dibangunkan bagi menghasilkan jadual waktu kursus universiti yang optimal dan bebas konflik. Kajian ini dijalankan di Jabatan Sains Pengkomputeran dan Teori, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan melibatkan pengumpukan kursus-kursus wajib ke slot masa dan bilik-bilik kuliah. Pendekatan pengaturcaraan gol digunakan untuk membina model tersebut dan diselesaikan menggunakan perisian LINGO 12. Hasil akhir kajian ini menunjukkan model penjadualan waktu kursus yang dicadangkan ini mampu memenuhi kehendak dan kekangan yang telah ditetapkan serta mencapai matlamat untuk mengumpukkan kursus Tahun 4 ke slot masa pagi. Beberapa penambahbaikan turut dilakukan terhadap jadual waktu kursus yang telah sedia ada.

Item Type:Article
Keywords:Pemodelan; Penjadualan; Pengaturcaraan gol
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:20962
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Jan 2023 08:16
Last Modified:17 Jan 2023 08:16

Repository Staff Only: item control page