Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel

Zuraida Kamaruddin, and Zaidi Isa, (2022) Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel. Journal of Quality Measurement and Analysis, 18 (3). pp. 131-155. ISSN 2600-8602

[img]
Preview
PDF
436kB

Official URL: https://www.ukm.my/jqma/current/

Abstract

Risiko adalah kemungkinan atau bahaya kerugian dalam melakukan sesuatu tanpa mengambilkira kemungkinan bahaya itu. Risiko juga adalah gabungan kemungkinan dan kejadian bahaya yang mungkin akan berlaku. Pengurusan risiko merupakan satu prinsip yang bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan mengendalikan faktor risiko untuk meningkatkan peluang bagi mencapai kejayaan atau mengelak dari sebarang kegagalan yang berlaku. Sektor Pendidikan juga tidak terlepas daripada sebarang perkara yang melibatkan risiko dan pengurusan risiko terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di makmal dan bengkel. Model KAP digunakan bagi menilai kaitan antara pengetahuan, sikap dan amalan risiko bagi kajian ini. Matlamat kajian ini adalah untuk mengukur pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel. Kedua, mengenalpasti tahap pengetahuan, sikap, kesedaran pelajar dan keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel dalam merentas faktor demografi. Ketiga, menilai pengaruh antara pengetahuan, sikap, dan kesedaran pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel dengan menggunakan analisis regresi berganda. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengaruh yang besar antara faktor pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar terhadap keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko makmal dan bengkel. Pendekatan pengurusan risiko yang berkesan dapat membantu institusi pendidikan menghadapi ancaman kampus atau komuniti berdasarkan kepada pelan yang telah dibangunkan.

Item Type:Article
Keywords:Risiko; Pengurusan risiko; Model KAP
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:20972
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:17 Jan 2023 07:51
Last Modified:19 Jan 2023 00:51

Repository Staff Only: item control page