Faktor mempengaruhi pendapatan sawit : perspektif pekebun kecil

Suraiya Ishak, and Ahmad Raflis Che Omar, and Azima Abdul Manaf, (2022) Faktor mempengaruhi pendapatan sawit : perspektif pekebun kecil. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 1-14. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
465kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pekebun kecil sering terdedah kepada isu kemiskinan disebabkan perolehan pendapatan yang kecil. Makalah ini bertujuan menjejaki dan mengenal pasti faktor berpotensi mempengaruhi pendapatan pekebun kecil sawit berdasarkan pengalaman mereka yang terlibat dalam rantaian pengeluaran skala kecil. Kajian ini menggunakan teknik temubual berstruktur bagi mendapatkan maklumat daripada responden berdasarkan soalan temubual yang telah dibina. Data temubual dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik bagi mengesan trend tema faktor yang dijangka mempengaruhi pendapatan pekebun kecil. Seramai empat (4) orang informan yang terdiri daripada pekebun kecil telah terlibat dalam sesi temubual dan dipilih menerusi kaedah persampelan bola salji. Hasil menunjukkan terdapat 4 tema faktor mempengaruhi pendapatan pekebun kecil sawit iaitu kos penyelenggaraan kebun dan pokok yang tinggi, masalah dan kos pekerja, peraturan yang menganggu dan harga pasaran buah sawit. Keaslian kajian ini terletak pada usahanya mengesan faktor-faktor mempengaruhi pendapatan sawit berdasarkan perspektif pekebun kecil dan menjelaskan faktor berkenaan menurut pengalaman sebenar pekebun kecil dalam pendekatan yang sistematik. Penentuan model khusus faktor mempengaruhi pendapatan sawit pekebun kecil mampu memberi implikasi ilmu dalam bentuk model peramalan yang berguna bagi meramal potensi pendapatan hasil sawit pekebun kecil dalam bidang Pengurusan khususnya berkaitan pendapatan pertanian mampan. Polisi bersesuaian bagi meredakan halangan yang telah dikenal pasti sebagai menganggu kelancaran rantaian penciptaan nilai pendapatan hasil pekebun kecil adalah melibatkan langkah meredakan ketidakpastian harga komoditi, tekanan upah buruh asing dan fleksibiliti peraturan berkaitan kenderaan pengangkut buah sawit.

Item Type:Article
Keywords:Pendapatan pekebun; Pendapatan pertanian; Kelapa sawit; Kualitatif
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20978
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:28
Last Modified:26 Jan 2023 06:10

Repository Staff Only: item control page