Faktor-faktor penyumbang ‘Fear of Crime’ dalam kalangan warga emas di daerah Yan, Kedah

Nur Umairah Abu, and Nur Hafizah Yusoff, (2022) Faktor-faktor penyumbang ‘Fear of Crime’ dalam kalangan warga emas di daerah Yan, Kedah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). 15 -25. ISSN 1823-884X

[img]
Preview
PDF
461kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Artikel ini memfokuskan kepada ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan warga emas di Daerah Yan, Kedah. Pendekatan kualitatif digunakan untuk memperoleh data dan maklumat kajian. Kaedah temu bual semi struktur merupakan kaedah pengumpulan data utama kajian dan sejumlah 13 orang informan telah ditemubual bagi mendapatkan variasi jawapan mengenai ketakutan terhadap jenayah. Dapatan utama menunjukkan faktor usia merupakan faktor yang mewujudkan ketakutan terhadap jenayah dalam kalangan warga emas. Terdapat juga faktor yang disebabkan oleh jantina membuatkan wanita berasa dirinya kurang selamat berbanding lelaki. Kelemahan fizikal menambahkan risiko ketakutan terhadap jenayah dalam diri mangsa. Antara jenayah yang ditakuti oleh warga emas ini ialah penipuan melibatkan wang ringgit, rompakan dan berasa diri tidak selamat apabila keluar berseorangan. Kesimpulannya, ketakutan terhadap jenayah boleh melibatkan kebanyakan orang terutamanya golongan mereka yang lebih tua dan lemah dari segi fizikal. Peranan pihak bertanggungjawab penting bagi memastikan kesejahteraan hidup dalam kalangan warga emas di negara ini.

Item Type:Article
Keywords:Fear of Crime, Jenayah, Kawalan sosial, Sosiologi, Warga tua
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20979
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:29
Last Modified:26 Jan 2023 06:12

Repository Staff Only: item control page