Geopolitik di kawasan Parlimen (P019) Tumpat, Kelantan

Junaidi Awang Besar, and Siti Marziah Zakaria, and Muhamad Nadzri Mohamed Nor, and Suffian Mansor, and Nik Hairi Omar, (2022) Geopolitik di kawasan Parlimen (P019) Tumpat, Kelantan. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 43-60. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
590kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Geopolitik bermaksud pengaruh kuasa politik dengan sesuatu tempat. Geopolitik juga boleh dikatakan sebagai satu kajian politik mengenai keadaan sesuatu tempat sama ada dari segi aspek umur, etnik, sumber maklumat politik, budaya setempat mahupun pembangunan. Oleh itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis tingkah laku politik pengundi dengan menjadikan kawasan Parlimen Tumpat, Kelantan sebagai kawasan kajian kes. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik, temu bual bersemuka, rujukan data keputusan pilihan raya 2018 dan sumber sekunder yang berkaitan iaitu buku, artikel jurnal, serta kertas kerja persidangan/simposium/seminar dan juga daripada media elektronik seperti internet dan media sosial. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden memilih pemimpin anak tempatan serta mesrta rakyat sebagai kriteria pemilihan pemimpin. Bagi kriteria parti politik yang disokong pula, mereka memilih parti politik memiliki trek rekod yang baik dan berpengalaman (ekonomi dan sosial) serta mempunyai barisan pemimpin yang bersih, berwibawa dan berpendidikan. Bagi orientasi atau kecenderungan pilihan politik, mereka berfahaman ciri-ciri fahaman politik kepartian yang merentasi ciri-ciri kaum/agama tetapi mengutamakan perjuangan dan nilai keadilan sosial, demokratik, amanah, berintegriti dan progresif. Mereka juga berkecenderungan memilih parti politik yang memperjuangkan isu nilai sejagat seperti ketelusan, tata kelola yang baik, keadilan, kejujuran dan kesaksamaan kaum.

Item Type:Article
Keywords:Partisipasi; Persepsi; Isu semasa; Dasar pembangunan; Pemimpin
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20981
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:30
Last Modified:26 Jan 2023 06:58

Repository Staff Only: item control page