Johan Johnes, and Rosazman Hussin, and Trixie Marjorie Tangit, (2022) Keharmonian masyarakat melalui perayaan rakyat. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 75-87. ISSN 1823-884x
|
PDF
476kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Perayaan rakyat merupakan sebuah identiti yang amat penting dalam konteks budaya dan kehidupan sosial sesebuah kumpulan masyarakat. Melalui sambutan perayaan rakyat, usaha untuk memelihara tinggalan nenek moyang mahupun pewujudan tapak integrasi dalam masyarakat dapat dilakukan. Kajian ini bertujuan untuk mendalami konsep perayaan rakyat yang menjadi kata kunci utama dalam penelitian terhadap konteks hubungan harmoni yang berlaku dalam sesebuah kelompok masyarakat. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif. Penelitian sumber sorotan literatur adalah berasaskan sumber kepustakaan seperti artikel dalam jurnal, bab dalam buku, buku, laporan kerajaan dan keratan akhbar berkenaan konsep perayaan rakyat. Antara perbincangan menarik yang ditemui oleh pengkaji adalah berkenaan komponen-kompenen yang lazimnya terdapat dalam sesebuah sambutan perayaan rakyat yang ada kaitannya perayaan rakyat dengan sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan, pertanian, hiburan dan kaitannya dalam pengamalan budaya warisan. Tambahan lagi, kajian ini turut meneliti implikasi sambutan perayaan rakyat terhadap hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Oleh itu, adalah diharapkan agar kajian ini mampu membantu dalam mengukuhkan lagi asas pemahaman mengenai perayaan rakyat dan hubungan harmoni dalam masyarakat Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Keharmonian masyarakat; Hubungan harmoni; Perayaan rakyat; budaya; Kajian literatur |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20983 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 25 Jan 2023 04:33 |
Last Modified: | 26 Jan 2023 07:23 |
Repository Staff Only: item control page