Menjana keharmonian melalui jalinan kerjasama antara penganut beza agama di Sabah

Suraya Sintang, and Mohd. Nazmi Mohd. Khalli, and Khadijah Mohd. Khambali@Hambali, and Rosazman Hussin, (2022) Menjana keharmonian melalui jalinan kerjasama antara penganut beza agama di Sabah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 88-102. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Keharmonian sosial antara agama dan etnik merupakan indikator penting yang berperanan sebagai kayu ukur kepada kesejahteraan insan. Sungguhpun indikator ekonomi adalah prasyarat utama bagi menilai kesejahteraan insan, ia tidak bersifat holistik dalam membina pembangunan harmoni yang lestari. Kepincangan keharmonian yang tidak seimbang dan berat sebelah yang hanya menjurus kepada pencapaian ekonomi ataupun material semata-mata, perlu diimbangi dengan penerapan norma-norma sosial yang dipupuk daripada ikatan kasih sayang, keakraban dan jalinan mesra antara pihak berbeza agama dan etnik. Dalam konteks Malaysia, suasana harmoni begitu menyerlah kerana masyarakatnya berupaya mempamerkan gaya hidup bersama meski berdepan dengan isu perbezaan agama dan etnik. Makalah ini membincangkan amalan dan contoh teladan yang dipraktiskan oleh penganut beza agama di Sabah yang ditonjolkan melalui jalinan kerjasama, iaitu kerjasama untuk mengekalkan hubungan sedia kala dan kerjasama untuk memulihkan semula hubungan tegang kesan daripada konflik keluarga beza agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bersandarkan reka bentuk analisis kandungan dan kaedah temu bual mendalam bersama informan utama daripada pihak autoriti agama dan individu terlibat dalam konflik keluarga beza agama. Hasil kajian memperlihatkan bahawa pengekalan keharmonian masyarakat Sabah diterjemah melalui kesediaan masyarakatnya hidup bersama yang menatijahkan gaya hidup yang cintakan perdamaian sehingga sebarang konflik yang berlaku ditangani melalui jalan tengah (middle path), bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dan situasi menang-menang (win-win situation). Kajian ini menyumbang dalam rangka mengetengahkan fungsi agama sebagai penjana keharmonian melalui penerapan nilai-nilai murni melalui amalan kerjasama antara pihak berbeza agama.

Item Type:Article
Keywords:Keharmonian sosial; Kesejahteraan insan; Norma sosial; Jalan tengah; Fungsi agama
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20984
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:33
Last Modified:26 Jan 2023 07:26

Repository Staff Only: item control page