Rosazman Hussin, and Johan Johnes, and Jeannet Stephen, (2022) Pengaruh hak dan Undang-Undang Adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 103-112. ISSN 1823-884x
|
PDF
479kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Hak dan undang-undang adat merupakan salah satu inti pati penting untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat khususnya dalam kalangan penduduk pelbagai etnik di sesebuah wilayah atau negara. Kajian ini memberi fokus kepada pemahaman mendalam berdasarkan konseptual dan sorotan literatur berkenaan pengaruh hak dan undang-undang adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sebagai metodologi kajian iaitu merujuk dan menganalisis sumber-sumber data primer dan sekunder dalam menghasilkan dapatan kajian. Makalah ini merungkai konsep-konsep penting dalam konteks hak dan undang-undang adat yang terdapat di Sabah iaitu institusi kehakiman Mahkamah Anak Negeri, konsep Anak Negeri dan konsep Sogit. Dari segi hubungan harmoni antara etnik di Sabah, didapati bahawa melalui kepelbagaian budaya, bangsa dan agama, ahli masyarakat masih boleh bertoleransi dan menghormati adat antara satu sama lain. Malah dalam banyak situasi, adat menjadi penghubung atau tolak ansur dalam menyelesaikan konflik antara masyarakat. Dari segi keharmonian pula, adat sogit memainkan peranan yang penting dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Konsep sogit secara bersifat holistik dan mempunyai sistem menyelesaikan konflik dalam masyarakat yang tersendiri menjadi asas kepada keharmonian antara etnik di negeri ini. Oleh itu, penelitian yang lebih menyeluruh berkenaan pengaruh hak dan undang-undang adat orang asal terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah ini perlu bagi melihat sejauh mana kerelevenannya dalam konteks hubungan harmoni masyarakat majmuk di Sabah dan Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengaruh; Hak dan Undang-Undang Adat; Toleransi; Hubungan harmoni; Etnik di Sabah |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 20985 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 25 Jan 2023 04:34 |
Last Modified: | 26 Jan 2023 07:27 |
Repository Staff Only: item control page