Perspektif rumah mampu milik : kajian kes penjawat awam di Putrajaya

Irweeda Naim, and Azima Abdul Manaf, (2022) Perspektif rumah mampu milik : kajian kes penjawat awam di Putrajaya. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 126-138. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Penyediaan perumahan mampu milik menjadi keutamaan di setiap negara dunia, namun perumahan mampu milik sering merujuk kepada dasar berkaitan perumahan yang berbeza di antara kerajaan dan setiap pihak berkuasa serta bergantung kepada demografi masyarakat, masalah perumahan mampu milik yang dihadapi oleh sesebuah negara serta indikator kemampuan dan ciri penentu yang digunakan oleh negara tersebut. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kemampuan memiliki rumah menjadi istilah yang biasa digunakan untuk meringkaskan masalah kesukaran perumahan di banyak negara. Namun persoalan yang lebih penting, adakah individu atau isi rumah yang juga pengguna akhir memahami makna rumah mampu milik. Ini kerana perumahan mampu milik banyak memfokuskan kepada isu ketidaksepadanan antara permintaan dan penawaran rumah mampu milik. Begitu juga penilaian tahap mampu milik, tetapi terhad kepada nisbah harga dan pendapatan, sedangkan indikator-indikator ini menunjukkan gambaran mengenai kemampuan perumahan yang tidak lengkap, kerana ia hanya menilai kemampuan jangka pendek sambil mengabaikan kemampuan jangka panjang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pemahaman individu atau isi rumah mengenai makna rumah mampu milik sama ada yang belum dan telah memiliki rumah. Tahap pemahaman dinilai berdasarkan tiga dimensi iaitu dimensi ekonomi, ekologi dan sosial. Pengumpulan data bagi kajian ini menggunakan borang soal selidik dalam bentuk google forms melibatkan seramai 357 orang penjawat awam dalam Kumpulan B40 di Putrajaya. Hasil kajian menunjukkan tahap pemahaman responden bagi dimensi sosial lebih tinggi berbanding dimensi ekologi dan ekonomi. Hasil kajian ini membolehkan pemain industri mengenal pasti elemen yang perlu diberi perhatian semasa menyediakan dasar atau polisi perumahan yang komprehensif supaya dapat memenuhi keperluan individu khususnya kepada bakal pembeli rumah yang berpendapatan rendah.

Item Type:Article
Keywords:Rumah mampu milik; Kemampuan memiliki rumah; Perspektif penjawat awam; Pengurusan hartanah; Hartanah kediaman
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20987
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:34
Last Modified:26 Jan 2023 07:35

Repository Staff Only: item control page