Psikologi politik : konsep umum dan penerokaan terhadap toleransi serta keharmonian etnik di Sabah, Malaysia

Muhammad Idris Bullare @ Bahari, and Rosazman Hussin, and Johan Johnes, (2022) Psikologi politik : konsep umum dan penerokaan terhadap toleransi serta keharmonian etnik di Sabah, Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 154-166. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Psikologi politik merupakan satu bidang akademik yang agak baharu, yang mana menggunakan gabungan pendekatan daripada bidang psikologi sosial dan sains politik. Tujuan utama bidang psikologi politik adalah untuk memahami bagaimana pemikiran dan tingkah laku individu mempengaruhi situasi politik. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk memperoleh maklumat berkenaan konsep psikologi politik secara lebih mendalam dengan merujuk sumber-sumber literatur melalui penelitan artikel dalam jurnal, buku dan laman web rasmi pihak-pihak yang berkaitan dengan konsep psikologi politik. Di samping itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menghuraikan secara ringkas bidang psikologi politik yang merangkumi pengenalan terhadap bidang ini, personaliti di dalam psikologi politik, dan kognisi dan identiti sosial di dalam psikologi politik. Kajian ini turut membincangkan topik mengenai toleransi dan keharmonian etnik di Sabah berserta cadangan haluan penyelidikan yang boleh dijalankan berdasarkan sudut psikologi politik. Kajian ini tidak bertujuan untuk menjadi panduan dan rujukan yang komprehensif mengenai bidang psikologi politik lantaran pengkhususan bidang ini yang agak luas. Kajian ini boleh memberi pemahaman umum terhadap psikologi politik, serta menyediakan landasan kajian toleransi dan keharmonian etnik di negeri Sabah, Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Psikologi politik; Toleransi; Keharmonian etnik; Etniksiti; Sabah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20989
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:32
Last Modified:26 Jan 2023 07:37

Repository Staff Only: item control page