Royalscape Diraja satu perwakilan asas pelancongan Bandar Diraja

Zurina Ahmad Saidi, and Zurinah Tahir, and Jalaludin Abdul Malek, and Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff, (2022) Royalscape Diraja satu perwakilan asas pelancongan Bandar Diraja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 167-181. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
651kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Bandar Diraja merupakan satu rangkaian kepada sejarah, geografi dan budaya yang sangat luas. Ciri-ciri Diraja yang dimiliki oleh Bandar Diraja dalam menjayakan identiti sesebuah bandar Diraja serta keunikannya yang tersendiri. Tarikan utama adalah karakter istimewa bandar Diraja sendiri seperti budaya, sejarah, seni bina dan nilai estetika bandar Diraja. Bandar Diraja di Malaysia merupakan warisan unik yang menjadi perlambangan sebuah negara berdaulat dan Melayu tradisional. Walau bagaimanapun, sifat dan keadaan bandar Diraja hampir terhakis oleh kerana perkembangan dan kemodenan yang tidak terkawal. Kuala Kangsar merupakan satu bandar Diraja yang mempunyai produk asli dalam menawarkan pelancongan bandar Diraja. Walau bagaimanapun, produk dan aset-aset tarikan utama ini masih menjadi persoalan kerana tidak jelas, tidak dibangunkan secara komprehensif malah tiada kriteria khusus keperluan produk ini sebagai salah satu aset tarikan kunjungan pelancong. Asas pelancongan yang mewakili bandar Diraja tidak jelas dan kabur. Kajian bertujuan untuk memperincikan asas perwakilan pelancongan berdasarkan tujuh royalscape yang dirangka dalam kajian ini sebagai pelopor kepada pelancongan bandar Diraja Kuala Kangsar. Teknik pensampelan secara kebetulan (accidental atau convenience sampling) digunakan dengan edaran borang soal selidik kepada 500 responden berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Hasil dapatan menunjukkan kesemua royalscape berada di tahap sederhana tinggi. Fizikal bandar Diraja menjadi tumpuan pelancong dengan peratusan kunjungan melebihi 75.0%. Estetika bandar Diraja memberikan nilai tambah yang tinggi kepada pelancong serta lebih 80.0% pelancong melakukan perjalanan ke lima destinasi tarikan utama. Kesimpulan, makalah ini menunjukkan perwakilan royalscape bandar Diraja ini memandu pelancong dalam memberi imej pelancongan bandar Diraja Kuala Kangsar. Kajian ini memberi impak dalam pelancongan bandar Diraja yang mempunyai potensi untuk dibangunkan di peringkat pemegang taruh serta memberi manfaat kepada pelancong dan pembangunan Kuala Kangsar sebagai kawasan tumpuan pelancong pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Royalscape Diraja; Pelancongan Bandar Diraja; Pelancong domestik; Bandar Diraja Kuala Kangsar
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20990
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:32
Last Modified:26 Jan 2023 07:41

Repository Staff Only: item control page