Sejarah dan pengalaman hubungan etnik di Sabah : kesepaduan dalam kepelbagaian

Siti Aidah binti Lukin @ Lokin, and Suraya Sintang, and Johan Johnes, (2022) Sejarah dan pengalaman hubungan etnik di Sabah : kesepaduan dalam kepelbagaian. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 184-194. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
406kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu adalah agenda yang sangat penting bagi negara Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai etnik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya bagi memupuk hubungan etnik yang harmoni dalam kalangan rakyat serta mengukuhkan integrasi nasional antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Meskipun usaha tersebut dilaksanakan secara berterusan, namun apabila diteliti keadaan hubungan etnik dalam kalangan penduduk di negara ini, wujud pandangan dan tanggapan umum tentang hubungan etnik di Sabah adalah baik berbanding keadaan hubungan etnik di Semenanjung Malaysia. Pernyataan ini seringkali diungkapkan dalam ucapan para pemimpin politik sama ada yang datang dari Semenanjung Malaysia mahu pun pemimpin tempatan di Sabah dan dilaporkan oleh akhbar tempatan. Malah rakyat Malaysia di negeri-negeri yang lain diseru untuk mencontohi keharmonian hubungan etnik di Sabah. Pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang menggunakan datadata sekunder daripada bahan-bahan rujukan yang telah diterbitkan seperti buku, bab dalam buku dan artikel daripada jurnal berindeks atau tidak berindeks ternasuk sumber jurnal atas talian. Daripada kajian-kajian lepas yang dirujuk, pelbagai faktor sosial seperti amalan budaya, adat tradisi, agama, kepercayaan, amalan harian, dan perkahwinan campur adalah antara faktor yang saling berkaitan serta dapat membuktikan bahawa hubungan etnik yang baik dan toleransi etnik di Sabah adalah tinggi. Kajian yang berterusan wajar dilaksanakan bagi mengupas faktor-faktor lain agar dapat menambah maklumat yang sedia ada. Faktor yang tidak kurang pentingnya dan harus diketengahkan ialah tentang sejarah dan perkembangan masyarakat Sabah seiring dengan perubahan sistem pentadbiran dan perkembangan sosioekonomi negeri ini yang memberi kesan kepada hubungan etnik dalam kalangan penduduknya. Justeru, makalah ini cuba memfokuskan perbincangan tentang faktor-faktor tersebut dan kaitannya dengan keadaan serta pengalaman hubungan etnik yang harmoni di Sabah dalam konteks kesepaduan dalam kepelbagaian.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan etnik; Integrasi nasional; Etnik; Toleransi etnik; Kesepaduan dalam kepelbagaian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20991
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:31
Last Modified:26 Jan 2023 07:41

Repository Staff Only: item control page