Toleransi etnik melalui perayaan Orang Asal di Sabah : aplikasi teori tingkah laku terancang

Christina Andin, and Rosazman Hussin, and Johan Johnes, (2022) Toleransi etnik melalui perayaan Orang Asal di Sabah : aplikasi teori tingkah laku terancang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 19 (6). pp. 195-214. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
599kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Penelitian terhadap hubungan etnik merupakan satu topik yang penting terutama sekali dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. Masyarakat pelbagai kaum terdedah kepada konflik akibat perbezaan daripada pelbagai aspek seperti agama, kepercayaan dan budaya. Sejesteru itu, penulisan ini membincangkan tentang toleransi etnik dengan fokus kepada peranan perayaan sebagai medium memupuk toleransi. Perbincangan dikembangkan melalui aplikasi Teori Tingkah Laku Terancang oleh Ajzen (1991). Teori Tingkah Laku Terancang dipilih kerana ianya digunakan secara meluas dalam memahami tingkah laku sosial manusia. Dalam penulisan ini, teori digunakan untuk memahami perkaitan perayaan dengan toleransi etnik. Penulis menganalisis bahan yang terdiri daripada jurnal, prosiding seminar, bab dalam buku, tesis, buku serta laporan organisasi untuk melihat perkaitan antara perayaan dengan toleransi etnik. Teori Tingkah Laku Terancang menunjukkan bahawa perayaan boleh mempengaruhi sikap, norma subjektif dan persepsi tentang cara seseorang menangani toleransi etnik. Adalah disyorkan bahawa teori ini digunakan oleh kajian masa depan untuk mengembangkan lagi asas pengetahuan dalam penelitian mengenai toleransi etnik. Hasil sorotan kajian ini memberikan idea bukan sahaja kepada pengkaji toleransi etnik, malah kepada pihak berkepentingan untuk memupuk integrasi masyarakat melalui perayaan pelbagai etnik seperti di Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Toleransi; Hubungan Harmoni; Etnik; Perayaan; Orang asal; Teori tingkah laku terancang
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:20992
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:25 Jan 2023 04:31
Last Modified:26 Jan 2023 07:42

Repository Staff Only: item control page