Ahmad Sunawari Long, and Lukman Hakim, and Jubba, Hasse and Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, (2022) Epistokrasi dalam wacana politik al-Ghazali dan Brennan. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 17-28. ISSN 0216-5636
|
PDF
375kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532
Abstract
Epistokrasi adalah satu falsafah politik yang mempercayai bahawa golongan cerdik pandai sewajarnya memerintah negara bukannya diserahkan kepada sistem yang terbuka seperti diamalkan dalam sistem demokrasi. Al-Ghazali dan Brennan adalah antara ahli falsafah yang mempelopori falsafah tersebut yang dilihat berlainan dengan arus perkembangan semasa terutama sistem demokrasi. Ciri-ciri epistokrasi yang diperkenalkan al-Ghazali meliputi pemilihan pemimpin yang tertutup kepada yang terbaik sahaja, yang mempunyai nilai-nilai positif yang datang dari dalaman dan luaran individu, pengkhususan kepada etnik Quraisy dan pemimpin yang ditentukan oleh ahl al-syawkah. Brennan juga menepati dengan prinsip pemilihan yang dikemukakan oleh al-Ghazali seperti menghadkan pemilihan kepada mereka yang yang pintar dan kompeten, berdasarkan ciri demografik yang khusus dan sistem pemilihan pemimpin dengan sistem lebih bersifat tertutup. Walau bagaimanapun, penekanan epistokrasi al-Ghazali lebih kepada yang berunsurkan teokrasi yang memasukkan unsur ketuhanan dalam falsafahnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Epistocracy democracy; Ahl al-syawkah; Al-Ghazali; Brennan |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 20995 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 26 Jan 2023 07:12 |
Last Modified: | 27 Jan 2023 01:13 |
Repository Staff Only: item control page