Hakikat maqasid Al-Qur’an Imam Al-Ghazali dan perkembangan perbahasan berkenaan maqasid masa kini

Siddig Ahmad, and Wan Suhaimi Wan Abdullah, (2022) Hakikat maqasid Al-Qur’an Imam Al-Ghazali dan perkembangan perbahasan berkenaan maqasid masa kini. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 29-40. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
409kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532

Abstract

Salah satu tema perbahasan yang banyak dibincangkan dalam kesarjanaan ilmu dalam kalangan ilmuan Islam pada hari ini ialah berhubung konsep maqasid serta istilah yang berhubung dengannya iaitu maqasid al-Quran, maqasid al-syari’ah dan juga pendekatan tafsir yang dinamakan tafsir al-maqsidi. Namun, penggunaan ketiga-tiga istilah tersebut saling bertukar dan sering bertindan antara satu sama lain. Tambahan pula, terdapat kecenderungan para ilmuan Islam masa kini yang melihat bahawa ketiga-tiga istilah tersebut menjurus kepada satu perbahasan yang sama iaitu maqasid al-syar’iyyah. Justeru, penulisan ini dibuat untuk mengangkat kembali faham maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali, menyelusuri sejarah perkembangan penggunaan istilah maqasid al-Quran daripada awal penggunaannya iaitu bermula abad ke-10 sehingga ke hari ini serta skop pembahagiannya. Di akhir perbincangan ini, penulis akan mengemukakan analisis perbandingan skop pembahagian maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali dengan perbahasan maqasid al-Quran yang dikemukakan oleh para ulama’ selepasnya dan analisis berhubung penggunaan istilah maqasid al-Quran. Kekeliruan berhubung dengan istilah tersebut diperjelaskan agar penggunaannya adalah benar dan menempati kedudukannya yang sebenar.

Item Type:Article
Keywords:Maqasid al-Quran; Imam al-Ghazali; Maqasid al-Shari’ah; Tafsir al-Maqsidi; Tafsir al-Mawdu’i
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:20996
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Jan 2023 07:17
Last Modified:26 Jan 2023 07:17

Repository Staff Only: item control page