Nozira Salleh, and Indriaty Ismail, and Sharifah Ismail, (2022) Konsep sabar menurut Imam Al-Ghazali (1058-1111 M) dan relevansinya dalam mendepani Covid-19. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 53-60. ISSN 0216-5636
|
PDF
246kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532
Abstract
Dunia digemparkan dengan munculnya novel coronavirus atau dikenali secara ringkasnya Covid-19 pada akhir 2019 di Wuhan, Negara China. Hari demi hari, angka mereka yang disahkan menghidapi novel coronavirus meningkat. Ia telah merebak pantas ke seluruh dunia, bahkan melibatkan jutaan pesakit dan juga kematian. Dalam mendepani wabak tersebut, sesungguhnya ramai Muslim secara khususnya dan manusia secara amnya agak panik, keliru, gusar dan bimbang yang mana ia tentunya menggugat keharmonian diri dan masyarakat. Justeru, artikel ini cuba menerokai dan menyelidiki sifat sabar menurut Imam al-Ghazali dan kepentingan penghayatannya kepada umat Islam secara khususnya dalam menghadapi cabaran dan kesan Covid-19. Artikel ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan merujuk kepada buku, artikel jurnal, bab dalam buku, suratkhabar dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk. Hasil kajian mendapati bahawa sifat sabar yang diamalkan oleh Muslim terutama dalam mendepani cabaran dan ancaman Covid-19 mampu melahirkan sifat tenang, damai, kuat dan redha dengan pelbagai ujian yang melanda.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Sabar; Covid-19; Ujian; Muslim Malaysia |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 20998 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 26 Jan 2023 07:25 |
Last Modified: | 26 Jan 2023 07:25 |
Repository Staff Only: item control page