Pemikiran al-Ghazali tentang hubungan antara Muslim dengan Muslim dan Muslim dengan non Muslim

Ahmad Munawar Ismail, and Abdul Muhaimin Mahmood, (2022) Pemikiran al-Ghazali tentang hubungan antara Muslim dengan Muslim dan Muslim dengan non Muslim. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 61-70. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
298kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532

Abstract

Keharmonian dan keamanan merupakan tonggak kepada terbentuknya sebuah tamadun yang unggul dan lestari. Keharmonian dan keamanan ini akan kekal selagi mana persefahaman dan kesepaduan dapat dilaksanakan secara konsisten dengan menjaga hubungan dan keadilan semua pihak. Hubungan dan keadilan ini boleh dipelihara selagi mana kita mematuhi prinsip-prinsip asas kemanusiaan seperti yang telah digariskan dalam syariat Islam. Antara tokoh pemikir Islam yang membicarakan hal ini adalah al-Ghazali (405-505H/1058-1111M). Beliau terkenal sebagai pakar dalam pelbagai disiplin termasuk ilmu fiqh, ilmu akidah, falsafah dan tasawuf. Artikel ini membahaskan pemikiran beliau mengenai aspek penting dalam hal ini dengan memberi tumpuan kepada pemikiran beliau terhadap hubungan antara muslim dengan muslim dan hubungan antara muslim dengan non muslim. Artikel ini adalah hasil dapatan kajian yang menggunakan analisis kandungan sebagai medium pengumpulan data. Selain itu, temu bual turut digunakan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan khususnya dalam konteks Malaysia. Dapatan kajian menujukkan, ada dua bentuk hubungan yang mesti dirai dan dilaksanakan oleh umat Islam. Pertama, hubungan berasakan akidah dan kedua, hubungan berasaskan hak, kehormatan dan kemanusiaan. Pemikiran al-Ghazali mengenai hal ini juga tidak dibahaskan dalam satu bab khusus dalam mana-mana karya beliau, sebaliknya ia telah dibicarakan dalam bab-bab yang berasingan seperti dalam bab muamalat, jinayah dan jihad sesuai dengan topik-topik yang dibahaskan. Jelasnya, apa pun kaedah yang yang kita laksanakan, hak dan tanggungjawab memelihara hubungan dan keadilan sesama manusia itu mesti berlaku dalam batasan yang dibenarkan syarak.

Item Type:Article
Keywords:Al-Ghazali; Muslim; Non Muslim; Persaudaran agama; Dan persaudaran insan
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:20999
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Jan 2023 07:30
Last Modified:26 Jan 2023 07:30

Repository Staff Only: item control page