Nursafra Mohd Zhaffar, and Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman, and Mohd Haidhar Kamarzaman, (2022) Penggunaan model pengajaran Al-Ghazālī dalam konteks pengajaran berfikir kritis. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 71-83. ISSN 0216-5636
|
PDF
445kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532
Abstract
Konsep pemikiran kritis yang berkembang pada hari ini banyak dicorakkan oleh pandangan alam Barat. Justeru, terdapat keperluan untuk menggunakan Model Pengajaran al-Ghazālī dalam konteks pengajaran berfikir kritis Pendidikan Islam (PI). Model ini berasal dari kupasan Imām al-Ghazālī dalam Kitab Iḥyā’ ᶜUlūm al-Dīn dalam bab Ilmu Pengetahuan. Ianya dibina dan diolah sendiri oleh pengkaji berasaskan kepada penelitian terhadap keseluruhan karya tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara mendalam penerapan pemikiran kritis khusus dalam konteks pengajaran Pendidikan Islam menggunakan Model Pengajaran al-Ghazālī. Pendekatan kualitatif iaitu kajian kes digunakan dengan penglibatan seramai enam orang guru pakar PI di sekolah menengah. Data dikumpul selama satu tahun menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Terdapat tujuh tema utama pengajaran berfikir kritis yang diamalkan oleh peserta kajian iaitu a) Guru yang kritis; b) Penguasaan ilmu; c) Matlamat pengajaran; d) Strategi memberi maklum balas; e) Hubungan guru-murid; f) Komuniti berfikir; dan g) Pengalaman guru menulis dan berceramah. Kajian ini menunjukkan bahawa Model Pengajaran al-Ghazālī boleh diaplikasi dalam konteks pengajaran berfikir kritis mengikut acuan epistemologi Islam yang holistik. Berdasarkan kajian, model ini boleh diperluaskan dengan menambah elemen persekitaran sebagai faktor penyumbang kepada guru bagi menjayakan pengajaran yang bercorak kritis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Model pengajaran al-Ghazālī; Pengajaran berfikir kritis; Pendidikan Islam |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 21000 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 26 Jan 2023 07:34 |
Last Modified: | 26 Jan 2023 07:34 |
Repository Staff Only: item control page