Mazlan Ibrahim, and Abur Hamdi Usman, and Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin, (2022) Psikoterapi al-Ghazālī : kajian terhadap Maqāmāt dalam Kitab Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 85-95. ISSN 0216-5636
|
PDF
320kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532
Abstract
Pelbagai isu dan permasalahan yang berlegar dalam kalangan masyarakat datangnya dari jiwa dan akal yang sibuk diisi dengan keduniaan. Kecintaan manusia kepada dunia membuatkan banyak manusia yang kecewa dengan kehidupan mereka, pelbagai isu jenayah berlaku, peperangan, perebutan kuasa dan akhirnya manusia semakin rakus mengejar dunia tanpa henti. Psikologi dan jiwa manusia semakin lama semakin derita dan akhirnya memilih untuk membunuh diri. Justeru, artikel ini dihasilkan bagi mengenal pasti psikoterapi yang sesuai untuk merawat akal dan jiwa manusia melalui sentuhan hikmah al-Ghazālī menerusi konsep Maqāmāt dalam karyanya Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Dengan menggunakan metode kualitatif, kajian ini mendapati terdapat beberapa Maqāmāt yang terangkum dalam Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn, antaranya ialah al-tawbah, al-ṣabr, al-zuhd, al-tawakkul, al-maḥabbah, al-ma‘rifah dan al-riḍā. Konklusinya, tujuh Maqāmāt ini merupakan asas kepada pembinaan jati diri seorang mukmin sesuai dengan makna kitabnya menghidupkan ilmu-ilmu agama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Psikoterapi; Rawatan; Al-Ghazālī; Maqāmāt al-Aḥwāl; Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 21001 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 26 Jan 2023 07:39 |
Last Modified: | 27 Jan 2023 01:17 |
Repository Staff Only: item control page