Refleksi al-Ghazali dalam dialog antara agama

Jaffary Awang, and Ahmad Faizuddin Ramli, and Zaizul Ab Rahman, (2022) Refleksi al-Ghazali dalam dialog antara agama. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 97-107. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
314kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532

Abstract

Memahami dan menguasai pemikiran dan sumber rujukan rakan dialog merupakan antara pendekatan terbaik dalam berdialog. Hal ini supaya topik dialog berlaku secara ilmiah seterusnya mencapai objektif dialog. Artikel ini membincangkan kerangka dialog antara agama Imam al-Ghazali (m. 1111M) dalam dialog antara agama. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap karya-karya agung Imam al-Ghazali yang membincangkan perihal agama lain, khususnya penganut Kristian dalam kitab al-Radd al-jamīlli ilāhiyyatʿĪsā bi-ṣarīḥ al-Injīl. Kajian mendapati, terdapat tiga pendekatan Imam al-Ghazali dalam berdialog, iaitu secara perdebatan, perbandingan teologi dan apologetik. Melalui pendekatan ini, al-Ghazali terlebih dahulu mengenal pasti isu utama yang menjadi perbezaan antara doktrin Islam dan Kristian, iaitu ketuhanan Isa. Seterusnya beliau membuat perbandingan teologi dengan menafsirkan semula teks tersebut berpandukan teks lain dalam Injil dan al-Qur’an. Al-Ghazali turut menggunakan unsur rasional dalam mengkritik kelemahan doktrin Kristian. Kajian mencadangkan penggunaan pendekatan dialog al-Ghazali digunakan dalam konteks dialog teologi bagi mengenal pasti titik pertemuan dan perbezaan antara penganut agama secara objektif dan kritis.

Item Type:Article
Keywords:Al-Ghazali; Dialog antara agama; Dialog teologi; Doktrin ketuhanan; Kristian
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:21002
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Jan 2023 07:45
Last Modified:26 Jan 2023 07:45

Repository Staff Only: item control page