Takwil dan kritik literalisme : kaedah Al-Ghazālī dalam mentafsir hadith-hadith yang mengandungi antropomorfisme

Umar Muhammad Noor, (2022) Takwil dan kritik literalisme : kaedah Al-Ghazālī dalam mentafsir hadith-hadith yang mengandungi antropomorfisme. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 44 . pp. 109-122. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1532

Abstract

Antropomorfisme terus menjadi salah satu topik terpenting dalam wacana akidah Sunni pada hari ini antara kalangan Ash’ari dan Salafi. Polemik tentang perkara ini sebahagian besarnya dibina di atas persoalan bagaimana mentafsirkan ungkapan antropomorfistik yang terkandung dalam teks-tekas agama. Artikel ini akan mendedahkan metode al-Ghazālī dalam membincangkan hadith-hadith ṣifāt menerusi analisis kritis ke atas pelbagai karya akidah beliau yang telah diterbitkan. Kajian kepustakaan yang bertumpu kepada analisis dokumen diamalkan dalam kajian ini. Kajian ini mendapati bahawa al-Ghazālī aktif menggunakan pendekatan takwil (pentafsiran majazi) untuk meluruskan kefahaman tentang kandungan hadith ṣifāt agar selari dengan prinsip tawhid dan tarnsendensi tuhan. Pendekatan ini adalah kelanjutkan daripada sikap pertengahan beliau dalam menerima kebenaran wahyu dan ketetapan akal. Justeru, sokongan al-Ghazālī kepada takwil selalu diiringi dengan kritikan kepada rasionalisme Mu‘tazilah dan literalisme Ḥanābilah. Meskipun menerima dan mengamalkan takwil, aan tetapi al-Ghazali berpandangan bahawa pendekatan ini bukan untuk semua orang. Sebaliknya, takwil hanya dibenarkan untuk kalangan ulama tertentu yang memiliki ketajaman analisis dan tahapan spritualiti yang memungkinkan mereka untuk memahami mesej hadith dengan tepat. Berbeza dengan pandangan sesetengah pengkaji, al-Ghazālī konsisten berpegang dengan pandangan positif kepada takwil dalam karya teologi beliau yang terakhir iaitu Iljām al-‘Awām ‘an ‘Ilm al-Kalām.

Item Type:Article
Keywords:Ilmu kalam; Ash‘arī; Takwil; Tafwid; Hanbali
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:21003
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:26 Jan 2023 07:51
Last Modified:27 Jan 2023 01:19

Repository Staff Only: item control page