Impak penyerpihan habitat terhadap kepelbagaian spesies mamalia di koridor ekologi Central Forest Spine (CFS), kompleks hutan Banjaran Titiwangsa, Semenanjung Malaysia

Nur Izzati Abdullah, and Muhammad Rizal Abdul Rahim, and Nurul Darsani Amat Darbis, and Nor Atiqah Norazlimi, and Shukor Md Nor, (2022) Impak penyerpihan habitat terhadap kepelbagaian spesies mamalia di koridor ekologi Central Forest Spine (CFS), kompleks hutan Banjaran Titiwangsa, Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 51 (11). pp. 3509-3522. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
733kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html

Abstract

Penyerpihan habitat adalah pemacu kepada isu kepupusan pelbagai spesies yang menyebabkan serpihan hutan menjadi lebih kecil dan terpencil. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur komposisi serta kepelbagaian spesies mamalia terestrial (bersaiz sederhana dan besar) di koridor ekologi CFS1:PL1 dan CFS1:PL6. Pemasangan 211 perangkap kamera di kedua-dua koridor berjaya menghasilkan sejumlah 43,799 imej bebas (8,594 perangkap/malam). Sebanyak 30 spesies mamalia berjaya direkodkan dengan 28 spesies daripadanya ditemui di PL1 dan 17 spesies di PL6. Artiodactyla adalah Order yang menunjukkan kekerapan hadir tertinggi (869 imej bebas) manakala Karnivora adalah Order yang mencatatkan kepelbagaian spesies tertinggi (14 spesies). Sebanyak sembilan spesies menyumbang kepada lebih daripada 90% komuniti mamalia di PL1 dan PL6 dan tiada perbezaan yang signiikan antara komuniti mamalia di kedua-dua kawasan kajian. Hasil analisis mendapati babi hutan (Sus scrofa) (PCRI = 62.17), kijang (Muntiacus muntjak) (PCRI = 31.20) dan beruang matahari (Helarctos malayanus) (PCRI = 15.14) merekodkan kekerapan (PCRI > 10) yang tinggi melintasi koridor PL1. Manakala di PL6, spesies yang sering direkodkan ialah kijang (Muntiacus muntjak) (PCRI = 47.70), tapir Malaya (Tapirus indicus) (PCRI = 26.21), babi hutan (Sus scrofa) (PCRI = 23.61), gajah Asia (Elephas maximus) (PCRI = 11.57) dan seladang (Bos gaurus) (PCRI = 10.63). Walau bagaimanapun, kekerapan melintasi koridor bagi mamalia sederhana hanya dilihat di PL1 sahaja oleh spesies pelanduk/napuh (Tragulus sp.) (PCRI = 20.88) dan landak raya (Hystrix brachyura) (PCRI = 14.68). Tuntasnya, langkah pemuliharaan yang lebih efektif dan pelan pembinaan lintasan hidupan liar perlu dilaksanakan di kedua-dua koridor memandangkan koridor ini digunakan pada frekuensi yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Central Forest Spine; Kepelbagaian spesies; Koridor ekologi; Mamalia; Perangkap kamera
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:21007
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:01 Feb 2023 03:34
Last Modified:01 Feb 2023 03:34

Repository Staff Only: item control page