Ming, Foong Tiang and Arina Atiqah Azhar, and Muhammad Alif Fitri Hanipa, and Peer Mohamed Abdul, and Mohd Shaiful Sajab, and Darman Nordin, and Safa Senan Mahmod, and Abdullah Amru Indera Luthfi, and Jamaliah Md. Jahim, (2022) Strategi pengoptimuman lanjutan untuk meningkatkan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi oleh bakteria ungu bukan sulfur. Sains Malaysiana, 51 (11). pp. 3567-3578. ISSN 0126-6039
|
PDF
345kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/index.html
Abstract
Proses foto-fermentasi ialah suatu laluan penghasilan hidrogen yang menarik. Walau bagaimanapun, didapati bahawa kecekapan penukaran cahaya dan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi oleh bakteria ungu bukan sulfur (PNSB) adalah sangat rendah. Maka, pelbagai pendekatan pengoptimuman telah dikaji bagi meningkatkan penghasilan fotohidrogen dan prestasi keseluruhannya. Ulasan ini membincangkan strategi pengoptimuman lanjutan untuk meningkatkan penghasilan biohidrogen foto-fermentasi secara menyeluruh. Antara strategi yang dibincangkan merangkumi pengoptimuman makronutrien dalam media penghasilan biohidrogen, faktor abiotik dan rejim pencahayaan semasa proses foto-fermentasi berlaku. Pendekatan ini menunjukkan keputusan positif dalam meningkatkan penghasilan foto-hidrogen oleh PNSB. Pendekatan gabungan yang mengintegrasikan strategi pengoptimuman individu yang berbeza dipercayai mungkin dapat mendatangkan peningkatan yang sinergistik terhadap produktiviti dan hasil biohidrogen foto-fermentasi oleh PNSB.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bakteria ungu bukan sulphur; Faktor abiotic; Foto-fermentasi; Media penghasilan biohidrogen; Rejim pencahayaan |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 21011 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 01 Feb 2023 05:02 |
Last Modified: | 03 Feb 2023 07:27 |
Repository Staff Only: item control page