Nor Falahiah Ismail, and Nur Aqilah Zahirah Norazmi, and Nurul Huda Abd Karim, (2022) Sintesis dan pencirian kompleks fenolbenzimidazol dan kajian interaksi terhadap CT-DNA. Sains Malaysiana, 51 (11). pp. 3689-3702. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jqma/current/
Abstract
Kompleks fenolbenzimidazol berjaya disintesis dan dicirikan menggunakan spektroskopi resonans magnet nukleus (RMN), spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR), penentuan julat takat lebur, analisis ultralembayung-boleh nampak (UL-BN), analisis unsur (CHNS), kerentanan magnet dan Kristalografi Sinar-X. Mod pengikatan interaksi antara kompleks fenolbenzimidazol dengan DNA timus anak lembu (CT-DNA) dikaji dengan kaedah pentitratan DNA menggunakan serapan elektronik UL-BN dan kajian nisbah kepekatan DNA menggunakan analisis pendarfluor. Berdasarkan spektrum UL-BN, anjakan hipokromism dan batokromism diperhatikan apabila kompleks fenolbenzimidazol dititratkan dengan CT-DNA dan menunjukkan pembentukan kompleks baru. Kompleks fenolbenzimidazol berinteraksi dengan CT-DNA secara pengikatan interkalasi dengan pemalar pengikatan, Kb (1.68 ± 1.4) × 105 - (1.02 ± 0.1) × 107 M-1. Kajian pendarfluor dijalankan untuk memerhati sifat optik kompleks fenolbenzimidazol terhadap CT-DNA. Keputusan kajian ini sangat bernilai dan berpotensi dalam menjadikan kompleks fenolbenzimidazol sebagai prob DNA sensor optik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | DNA timus; Interkalasi; Kompleks fenolbenzimidazol |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 21020 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 01 Feb 2023 07:19 |
Last Modified: | 03 Feb 2023 07:56 |
Repository Staff Only: item control page