Nur Khairunnisa Salleh, and Nurul Wahida Othman, and Muhammad Afiq Senen, and Norela Sulaiman, (2022) Kepekatan kandungan enzim lusiferase dan morfometrik organ cahaya kelip-kelip, Pteroptyx tener (Coleptera: Lampyridae) spesies jantan dan betina. Serangga, 27 (3). pp. 12-27. ISSN 1394-5130
|
PDF
856kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553/...
Abstract
Kelip-kelip spesies Pteroptyx tener (Coleoptera: Lampyridae) menjadi daya tarikan utama dalam industri eko-pelancongan di Malaysia kerana hanya spesies kelip-kelip ini mampu menghasilkan kerlipan cahaya secara serentak dan berkumpulan. Kerlipan cahaya ini terhasil dari tindakan biokimia enzim lusiferase pada organ cahaya yang terletak di bahagian abdomen, di mana individu jantan menghasilkan cahaya lebih terang berbanding individu betina. Namun, kandungan enzim lusiferase yang terlibat dalam penghasilan cahaya ini tidak pernah dilaporkan ke atas spesies ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan kandungan enzim lusiferase pada organ cahaya kelip-kelip spesies jantan dan betina P. tener. Pengukuran morfometrik organ cahaya turut dilakukan untuk melihat perbezaan dan persamaan di antara morfologi organ cahaya jantan dan betina P. tener. Sebanyak 10 individu kelip-kelip P. tener jantan dan betina telah disampel dari Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Malaysia. Hanya bahagian abdomen telah diambil bagi mengukur kuantiti enzim lusiferase yang ditentukan dengan melakukan ujian Asai Imunoerap Terangkai Enzim (ELISA). Kandungan kepekatan enzim lusiferase pada individu jantan didapati lebih tinggi dan menunjukkan perbezaan signifikan (P<0.05) iaitu 6.03±0.48 ng/mL (n=10) berbanding spesies betina iaitu sebanyak 2.94±0.27 ng/ml (n=10). Perbezaan perimeter organ cahaya spesies jantan lebih besar dan menunjukkan perbezaan signifikan (P<0.05) iaitu 5.85±0.44 mm (n=20) berbanding spesies betina iaitu 3.52±0.37 mm (n=20). Hasil kajian ini menunjukkan saiz organ yang lebih besar pada kelip-kelip jantan mengandungi kepekatan enzim lusiferase yang lebih tinggi berbanding kelip-kelip betina yang seterusnya menyumbang kepada perbezaan cahaya yang lebih terang pada individu jantan. Maklumat ini boleh digunakan bagi mempromosikan keunikan kumbang ini pada indusri ekopelancongan kelip-kelip.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Enzim; Kerlipan cahaya serentak; Lusiferase; Organ cahaya |
Journal: | Serangga |
ID Code: | 21040 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 02 Feb 2023 08:57 |
Last Modified: | 07 Feb 2023 14:39 |
Repository Staff Only: item control page