Penentuan oviposisi kumbang Callosobruchus maculatus (Coleoptera: Bruchidae) ke atas pelbagai jenis kekacang

Ireng Darwati, and Paramita Maris, and Agus Kardinan, and Norhayati Ngah, (2022) Penentuan oviposisi kumbang Callosobruchus maculatus (Coleoptera: Bruchidae) ke atas pelbagai jenis kekacang. Serangga, 27 (3). pp. 28-37. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
308kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553/...

Abstract

Callosobruchus maculatus (Bruchidae: Coleoptera) merupakan serangga perosak produk bijirin simpanan yang menyerang pelbagai jenis kekacang di ladang dan stor penyimpanan. Spesies betina C. maculatus dilaporkan mempunyai sifat kecenderungan untuk bertelur bergantung kepada jenis bijiran kekacang. Oleh itu, kajian ini telah direka bentuk untuk menilai pengaruh kandungan protein dan karbohidrat di dalam pelbagai jenis kekacang ke atas keputusan untuk mengoviposit telur oleh C. maculatus dan kejayaan telur tersebut untuk menetas. Kajian ini direka bentuk secara rawak dengan lima jenis rawatan dan sejumlah lima replikasi. Rawatan merangkumi Kacang Tanah (Arachis hypogea L.), Kacang Merah (Phaseolus vulgaris L.), Kacang Hijau (Vigna radiata L.), Kacang Soya (Glycine max L.) dan Kacang Lembu (Vigna unguiculata L.). Kajian dijalankan melalui dua kaedah berbeza iaitu (a) kaedah pilihan, di mana semua jenis kekacang dicampur, maka serangga boleh memilih untuk bertelur pada mana-mana jenis kekacang dan (b) kaedah tanpa pilihan, di mana serangga hanya diberikan satu jenis kekacang sahaja untuk bertelur. Jumlah kandungan karbohidrat dan protein di dalam kekacang pula dianalisis menggunakan kaedah titrasi dan Kjeldahl. Dapatan kajian menunjukkan bahawa apabila diberi pilihan, C. maculatus memilih untuk bertelur pada Kacang Lembu (97.2±17.2) diikuti oleh Kacang Hijau (84.8±16.4), Kacang Merah (57.0±12.7), Kacang Soya (49.4±10.4) dan Kacang Tanah (5.4±2.6). Corak bertelur adalah hampir sama apabila C. maculatus tidak diberikan pilihan iaitu jumlah telur terbanyak ditemui pada Kacang Hijau (48.8±12.4) dan Kacang Lembu (45.4±12.1), tetapi dengan jumlah telur yang lebih sedikit berbanding kaedah pilihan. Kandungan karbohidrat di dalam kacang hijau (51.07%) dan kandungan protein dalam Kacang Lembu (34.84%) diramalkan mempengaruhi keputusan untuk bertelur oleh C. maculatus. Walau bagaimanapun, aktiviti bertelur oleh C. maculatus didapati tidak mempengaruhi kejayaan telurnya untuk menetas memandangkan hanya telur yang diletakkan pada kacang lembu dan kacang hijau yang telah menetas. Kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor lain yang mungkin mempengaruhi tabiat bertelur C. maculatus bagi memastikan kaedah kawalan yang berkesan dapat dilaksanakan dalam mengekang serangga perosak ini dari terus membiak.

Item Type:Article
Keywords:Callosobruchus maculatus; Keputusan bertelur; Kekacang
Journal:Serangga
ID Code:21041
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:02 Feb 2023 09:09
Last Modified:07 Feb 2023 09:19

Repository Staff Only: item control page