Barkod DNA spesies koya (Hemiptera: Pseudococcidae) dan semut (Hymenoptera: Formicidae) yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu, Sarawak, Malaysia

Salmah Yaakop, and Muhamad Azmi Mohammed, and Ameyra Aman-Zuki, and Marthiuz Ghany Buang, and Nur Hasanah Hamdan, and Martha Sani, and Jie Hung, Patricia King (2022) Barkod DNA spesies koya (Hemiptera: Pseudococcidae) dan semut (Hymenoptera: Formicidae) yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu, Sarawak, Malaysia. Serangga, 27 (3). pp. 38-53. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
474kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553/...

Abstract

Tanaman nanas merupakan antara tanaman komoditi yang signifikan di Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Namun begitu, tanaman nanas ini tidak terlepas dari serangan serangga perosak seperti koya yang berperanan sebagai vektor kepada penyakit Pineapple Mealybug Wilt-associated Virus (PMWaV) yang mampu mengurangkan hasil dan kualiti penghasilan nanas. Pengusaha nanas mengalami kesukaran dalam mengawal dan mengenalpasti spesies koya yang menyerang tanaman nanas disebabkan oleh saiznya yang kecil dan mempunyai variasi yang tinggi dengan dan antara spesies yang hampir. Maka, kajian ini bertujuan untuk melakukan pengecaman spesies koya dan semut yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Sarawak dengan mengunakan analsisis DNA barkod. Pensampelan aktif bagi sampel koya dan semut telah dijalankan ditiga lokasi penanaman nanas di bahagian Bintulu, Sarawak, Malaysia (Samarakan, Kuala Tatau dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB)). Tiga spesies koya yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Bintulu telah berjaya dikenalpasti iaitu Dysmicoccus brevipes (Cockerell), Ferrisia virgata (Cockerell) dan Planococcus minor (Maskell), serta lima spesies semut iaitu Anoplolepis gracilipes (Smith), Meranoplus bicolor (Guérin-Méneville), Iridomyrmex anceps (Roger), Tapinoma indicum (Forel) dan Crematogaster sp. Hasil kajian ini dapat membantu dalam pengecaman spesies yang tepat dan menambahbaik senarai spesies koya dan semut yang berasosiasi dengan tanaman nanas di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya. Selain itu, hubungan simbiosis di antara koya dan semut sebagai agen penyebaran bagi koloni koya di kawasan penanaman nanas turut dibincangkan. Pengenalpastian spesies yang jitu diharap dapat membantu pengusaha dalam membangunkan kaedah pengawalan serangga perosak yang lestari.

Item Type:Article
Keywords:Pengecaman; Serangga perosak; Vektor; Simbiosis; Pseudococcidae
Journal:Serangga
ID Code:21042
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:02 Feb 2023 09:32
Last Modified:07 Feb 2023 09:18

Repository Staff Only: item control page