Kepelbagaian dan kelimpahan Onthophagus sp. (Coleoptera: Scarabaeidae) di ladang kelapa sawit Kg. Beting dan hutan UiTM cawangan Negeri Sembilan, Malaysia

Sarah Shazwani Zakaria, and Nurfarahin Zaidi, and Nur Syafiqah Abdul Ghani, and Nur Aina Munirah Ab Baki, and Nurshahira Ruslan, and Nur Hasyimah Ramli, (2022) Kepelbagaian dan kelimpahan Onthophagus sp. (Coleoptera: Scarabaeidae) di ladang kelapa sawit Kg. Beting dan hutan UiTM cawangan Negeri Sembilan, Malaysia. Serangga, 27 (3). pp. 172-186. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
319kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553

Abstract

Kumbang najis merupakan serangga yang bermanfaat pada semua ekosistem termasuk ekosistem pertanian. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kepelbagaian dan kelimpahan spesies Onthophagus di ladang sawit Kg. Beting dan hutan Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Malaysia (hutan UiTM). Sejumlah 15 perangkap lubang berumpan telah dipasang dan dibiarkan semalaman dalam tempoh tiga hari bagi setiap sesi persampelan selama dua minggu. Kemudian, sampel yang terperangkap telah dikumpulkan, diawet dan dicamkan. Hasilnya, sejumlah 302 individu daripada 21 spesies telah dikumpulkan dengan hanya 11 spesies telah dikenalpasti. Spesies Onthophagus yang direkodkan di hutan UiTM menunjukkan nilai indeks Shannon-Wiener (H’)=1.841; indeks kesamarataan (E)=0.9002 dan indeks Margalef (R’)=2.164 iaitu terdiri daripada O. semifex, O. recticornutus, O. rutilans, O. rugicollis, Onthophagus sp. 8, Onthophagus sp. 9 dan Onthophagus sp. 10. Secara keseluruhan, semua spesies yang ditemui dalam kajian ini direkodkan di ladang sawit (H’=1.628; E’=0.2829; R’=3.008) kecuali Onthophagus sp. 8, Onthophagus sp. 9 and Onthophagus sp. 10. Spesies lain yang didapati di ladang sawit adalah O. peninsularis, O. crassicolis, O. waterstradti, O. pacificus, O. cf. pacificus 2, O. insicus, O. cervus, Onthophagus sp. 1 – 7. Kelimpahan kumbang najis tertinggi yang direkodkan adalah O. rugicollis (116 individu) dan terendah adalah O. peninsularis, O. cervus, Onthophagus sp. 1, Onthophagus sp. 2 dan Onthophagus sp. 3 dengan hanya 1 individu setiap satu. Data awal ini boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dalam kajian kepelbagaian dan kelimpahan kumbang najis yang direkodkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Item Type:Article
Keywords:Onthophagus; Pitfall trap; Correlation; Forest; Oil palm plantations
Journal:Serangga
ID Code:21052
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Feb 2023 07:12
Last Modified:07 Feb 2023 14:18

Repository Staff Only: item control page