Kepelbagaian dan taburan serangga ranting pada altitud berbeza di Gunung Jerai, Kedah, Malaysia

Azman Sulaiman, and Rabihah Ismail, and Nurul Wahida Othman, (2022) Kepelbagaian dan taburan serangga ranting pada altitud berbeza di Gunung Jerai, Kedah, Malaysia. Serangga, 27 (3). pp. 204-219. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
645kB

Abstract

Phasmatodea merupakan kumpulan serangga yang sangat unik kerana mempunyai kebolehan penyamaran yang sempurna oleh morfologi luarannya yang mampu menyerupai ranting kayu, kulit kayu, kayu mati dan daun. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kepelbagaian dan taburan spesies serangga ranting pada altitud berbeza di Gunung Jerai, Kedah Malaysia. Pensampelan secara aktif dijalankan menggunakan lampu suluh LED berintensiti tinggi. Semua spesimen dikira dan direkodkan dan hanya spesies serangga ranting yang jarang dijumpai sahaja ditangkap dan dibawa pulang ke makmal bagi proses pengawetan dan disimpan sebagai rekod di Pusat Sistematik Serangga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara keseluruhan, sejumlah 400 individu daripada 32 spesies, empat famili dan lima subfamili serangga ranting telah berjaya disampel. Famili Lonchodidae diwakili oleh 27 spesies dalam 15 genus, Phasmatidae dua spesies dalam dua genus, Heteropterygidae dua spesies dalam dua genus dan Aschiphasmatidae satu spesies dalam satu genus. Lopaphus iolas merupakan spesies serangga ranting paling kerap ditemui dalam kajian ini. Hasil dari kajian ini adalah rekod yang pertama mengenai fauna serangga ranting di Gunung Jerai, Kedah dan boleh dijadikan asas dan rujukan kepada penyelidik lain bagi menjalankan kajian lanjutan di kawasan ini.

Item Type:Article
Keywords:Serangga ranting; Altitud; Gunung Jerai; Phasmatodea
ID Code:21054
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:03 Feb 2023 07:51
Last Modified:07 Feb 2023 14:10

Repository Staff Only: item control page