Izfa Riza Hazmi, and Muhammmad Imran Mohd Kamal, (2022) Pengaruh faktor masa dan abiotik terhadap kelakuan keluar masuk sarang lebah kelulut, Tetrigona apicalis (Smith, 1857) (Hymenoptera: Apidae). Serangga, 27 (3). pp. 238-251. ISSN 1394-5130
|
PDF
427kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1553
Abstract
Lebah kelulut merupakan spesies pendebunga yang penting di kawasan tropika dan subtropika. Dalam kajian ini, pengaruh faktor masa dan abiotik terhadap kelakuan keluar dan masuk sarang oleh lebah kelulut Tetrigona apicalis telah dikaji. Faktor masa dan abiotik yang dikaji termasuklah waktu per hari, suhu, kelembapan relatif, keamatan cahaya dan kelajuan angin. Kajian ini telah dijalankan di pusat koleksi Meliponini di Institut Genom Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia. Jumlah lebah kelulut T. apicalis yang masuk dan keluar dari sarang telah dikira melalui pemerhatian secara langsung selama 5 minit bagi setiap jam dari 09:00 hingga 17:00 dari bulan Mei hingga Oktober 2019. Hasil kajian menunjukkan bahawa masa (f=3.965, P=0.002, P<0.05) secara signifikannya mempengaruhi kekerapan masuk dan keluar lebah kelulut T. apicalis dari sarang. Bagi faktor abiotik, kelembapan relatif secara signifikannya mempengaruhi kelakuan masuk (f=16.664, P= 0.001, P<0.05) dan keluar (f=7.939, P=0.006, P<0.05) lebah kelulut T. apicalis dari sarang. Ujian regresi berganda menunjukkan terdapat interaksi yang rendah tetapi signifikan di antara kesemua faktor abiotik terhadap kelakuan keluar dan masuk sarang lebah kelulut T. apicalis (r2=0.13, f=3.10, P=0.02, P<0.05). Kajian ini boleh digunakan untuk mendidik penternak lebah kelulut untuk memastikan pengurusan yang lebih baik bagi mengekalkan perkhidmatan pendebungaan yang mampan sepanjang tahun.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Lebah kelulut; Pencarian makan; Malaysia; Masa; Abiotic |
Journal: | Serangga |
ID Code: | 21056 |
Deposited By: | Mohd Hamka Md. Nasir |
Deposited On: | 03 Feb 2023 08:02 |
Last Modified: | 07 Feb 2023 14:01 |
Repository Staff Only: item control page