Analisis nilai-nilai budaya dalam kisah surah Al-Kahfi

Wan Basyirah Abdul Majid, and Muhamad Zaidi Zakaria, and Muhammad Irfan Mhd Rusdi, (2022) Analisis nilai-nilai budaya dalam kisah surah Al-Kahfi. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 18-32. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
670kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Nilai budaya merupakan corak kehidupan manusia yang merangkumi aspek dalaman dan luaran yang terdiri daripada tingkah laku, pegangan agama, adat, pakaian dan sebagainya serta berkembang mengikut peredaran zaman dan kemajuan teknologi moden. Sehingga kini, nilai budaya masih belum difahami dengan jelas kerana perbezaan nilai budaya bagi setiap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kadang kala berlaku persamaan dan pertembungan budaya. Pemahaman yang baik terhadap sistem nilai budaya dan orientasi nilai budaya akan menjadi panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan seharian seterusnya menyumbang kepada ketamadunan masyarakat. Maka, objektif utama kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai budaya daripada empat kisah dalam surah al-Kahfi. Metodologi penyelidikan yang digunakan adalah analisis deskriptif melalui kaedah analisis kandungan. Data yang dikenal pasti, dikumpul dan dianalisis daripada kisah Ashabul Kahfi, kisah Pemilik Dua Kebun, Kisah Musa Bersama Khidir AS dan kisah Zulkarnain berlandaskan Teori Orientasi Nilai Budaya (C. Kluckhohn, 1951). Dapatan analisis menemukan 6 kutipan nilai budaya yang berkait permasalahan utama dalam kehidupan iaitu yang pertama, hakikat kehidupan manusia yang mempunyai 4 nilai budaya; A) Nilai keimanan kepada Tuhan, B) Nilai ketaqwaan, C) Nilai Keteguhan dan D) Nilai kesabaran. Manakala kedua, hakikat hubungan manusia sesamanya yang terdapat 2 nilai budaya; A) Nilai Kepimpinan dan B) Nilai Kerjasama. Secara keseluruhannya, kisah yang dikaji memaparkan nilai budaya yang dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan.

Item Type:Article
Keywords:Nilai Budaya; Kisah Al-Quran; Surah Al-Kahfi; Orientasi nilai budaya; Analisis deskriptif
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21058
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Feb 2023 06:49
Last Modified:09 Feb 2023 04:31

Repository Staff Only: item control page