Norshuhada Bukhari, and Zaimah Ramli, and Sarmila Md Sum, and Mohd Yusof Hussain, (2022) Gaya hidup belia bandar : berjimat, bergaya atau kelangsungan hidup. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 277-289. ISSN 1823-884x
|
PDF
477kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Aktiviti berbelanja di bandar menjadi semakin mencabar kerana kos sara hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan pilihan gaya hidup mengikut kemampuan dan kehendak setiap individu. Keadaan ini seterusnya membuatkan belia di bandar perlu memilih sama ada hendak menjalani gaya hidup berjimat, bergaya atau sekadar kelangsungan hidup. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti gaya hidup belia bandar. Selain itu, kajian juga menganalisis perbandingan gaya hidup belia bandar dengan beberapa demografi terpilih. Gaya hidup dalam kajian ini dikelaskan kepada tiga kategori, iaitu berjimat, bergaya dan kelangsungan hidup. Pendekatan kuantitatif diaplikasikan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sampel kajian adalah golongan belia yang menetap di bandar Kajang yang berumur 18 hingga 40 tahun. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen pengutipan data. Kajian berjaya mendapatkan seramai 131 belia sebagai responden. Analisis data secara deskriptif digunakan bagi menjelaskan keseluruhan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa belia bandar lebih mementingkan gaya hidup berjimat dan kelangsungan hidup berbanding gaya hidup bergaya yang mengikut trend semasa. Hal ini menunjukkan belia bandar mempunyai kesedaran dalam menguruskan kewangan mengikut tahap pendapatan dan kemampuan mereka. Hasil kajian turut mendapati terdapat perbezaan gaya hidup belia bandar berbanding gender, umur, status perkahwinan dan tahap pendapatan. Implikasi kajian menyarankan agar belia bandar mengamalkan dan mengekalkan gaya hidup berjimat demi kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam tempoh jangka masa panjang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Gaya hidup; Berjimat, Bergaya; Kelangsungan hidup; Belia bandar |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21065 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 08 Feb 2023 06:48 |
Last Modified: | 09 Feb 2023 06:34 |
Repository Staff Only: item control page