Fatin Umaira Muhamad Azian, and Noorefika Jailani, and Suhana Ismail, and Noviatin Syarifuddin, and Kembaren, Mardiah Mawar (2022) Impak pembangunan ekopelancongan terhadap komuniti tempatan : Taman Negara Tanjung Piai, Johor. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 303-313. ISSN 1823-884x
|
PDF
383kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Ekopelancongan adalah lawatan yang menjurus kepada pemuliharaan alam sekitar serta memberikan manfaat kepada komuniti tempatan melalui penglibatan mereka. Setiap kawasan ekopelancongan mempunyai impak pembangunan yang tersendiri. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak pembangunan ekopelancongan terhadap komuniti tempatan dari aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Taman Negara Tanjung Piai, Johor dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang strategik iaitu terletak di penghujung benua Asia yang mampu menarik pelbagai kategori pelancong. Borang soal selidik bagi mengetahui impak pembangunan ekopelancongan terhadap komuniti digunakan. Persampelan secara rawak digunakan dalam kajian dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis menunjukkan bahawa aktiviti ekopelancongan di Taman Negara Tanjung Piai, Johor telah memberi impak kepada komuniti tempatan daripada aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar. Keadaan sosial penduduk tempatan semakin berkembang dengan adanya pertambahan kedatangan pelancong. Untuk meningkatkan kemajuan kawasan kajian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan lain perlu ditambah dan diperbaiki. Kajian ini memberi pendedahan yang berguna kepada pihak kerajaan dan swasta terhadap impak pembangunan ekopelancongan kepada pelbagai pihak terutamanya dari aspek komuniti tempatan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekopelancongan; Komuniti; Persepsi; Impak Pembangunan; Johor |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 21068 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 08 Feb 2023 06:48 |
Last Modified: | 09 Feb 2023 06:40 |
Repository Staff Only: item control page