Fatimah Othman, and Rosmah Mat Isa, and Rohayu Abdul Ghani, and Norhafizah Abu Hasan, (2022) Meneroka proses paling kritikal dalam pelaksanaan pelan pewarisan. Jurnal Pengurusan, 66 . pp. 123-135. ISSN 0127-2713
|
PDF
346kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1569
Abstract
Kegagalan menguruskan peralihan pemimpin boleh menjadi ancaman langsung terhadap prestasi organisasi. Justeru, pelan pewarisan yang sistematik adalah penting bagi memastikan kesinambungan kepimpinan, mengekalkan dan mengembangkan modal insan untuk masa depan. Kajian lepas menunjukkan beberapa model berkaitan pelan pewarisan. Namun, ia tidak menerangkan secara terperinci berkaitan proses yang paling kritikal. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjawab persoalan bagaimana proses pelan pewarisan dilaksanakan dan mengenal pasti apakah proses yang paling kritikal. Pendekatan kajian kes berbilang menggunakan kaedah temu bual telah dijalankan terhadap tujuh orang peserta dari tiga buah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Malaysia. Kajian ini menggunakan analisis dalaman dan silang kes. Ketiga-tiga GLC didapati melaksanakan enam proses asas pelan pewarisan iaitu inisiatif pelan pewarisan, pengenalpastian jawatan kritikal, pengenalpastian calon, penilaian dan pemilihan calon, latihan dan pembangunan calon, serta penilaian pelan pewarisan. Manakala dua proses yang kritikal telah dikenal pasti iaitu pengenalpastian calon pengganti, dan latihan dan pembangunan calon. Kajian ini memberi implikasi praktikal iaitu pengurus sumber manusia dapat membantu pihak pengurusan dalam menambahbaik pelaksanaan pelan pewarisan agar sesuai dengan peredaran masa.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kajian kes; Pelan pewarisan; Proses paling kritikal; Proses pelan pewarisan; Pengurusan sumber manusia strategik; Model proses pelan pewarisan |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 21073 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 08 Feb 2023 02:35 |
Last Modified: | 08 Feb 2023 02:35 |
Repository Staff Only: item control page