Kesan limpahan pembangunan Wilayah Kuala Lumpur terhadap ekonomi dan sosial masyarakat Kampung Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Muhammad Yazid Samion, and Zurinah Tahir, and Azmi Aziz, and Zaizul Ab. Rahman, (2022) Kesan limpahan pembangunan Wilayah Kuala Lumpur terhadap ekonomi dan sosial masyarakat Kampung Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 314-331. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
470kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pembangunan adalah salah satu usaha untuk mengubah masyarakat atau negara daripada mundur kepada maju. Terdapat beberapa jenis pembangunan. Pembangunan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti pembangunan sosial dan ekonomi. Oleh itu pembangunan dari segi sosioekonomi haruslah diseimbangkan bagi memberikan kesan yang positif kepada masyarakat khususnya supaya masyarakat dapat hidup dalam keadaan sejahtera. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji kesan sosioekonomi pembangunan Lumpur Lumpur terhadap penduduk Kampung Baru. Skop kajian ini tertumpu di Kampung Baru dengan tumpuan terhadap kesan sosioekonomi yang dialami penduduk di Kampung Baru terhadap pembangunan Wilayah Kuala Lumpur. Kajian berbentuk kuantitatif dipilih dimana sejumlah 375 responden dipilih daripada 18372 populasi mengikut jadual Krejcie & Morgan (1970). Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada penduduk Kampung Baru itu sendiri tanpa mengira kawasan. Seterusnya, data yang diperolehi dianalisis oleh pengkaji menggunakan perisian SPSS, analisis frekuensi deskriptif dan interpretasi skor min. Kesan pembangunan dibahagikan mengikut indikator iaitu ekonomi dan sosial. Dalam indikator sosial, terdapat empat bahagian iaitu infrastruktur dan sosial, perumahan, keselamatan dan kesihatan. Manakala bagi indikator ekonomi pula adalah pendapatan dan pekerjaan. Kesimpulannya berdasarkan hasil analisis kajian menunjukkan bahawa pembangunan yang dijalankan di Wilayah Kuala Lumpur memberi banyak impak positif bukan sahaja pada aspek sosial, malah aspek ekonomi juga memberikan banyak impak positif kepada penduduk Kampung Baru hasil daripada kesan pembangunan. Diharapkan pembangunan yang dibangunkan di Kampung Baru mampu memberikan manfaat yang berterusan kepada penduduk di Kampung Baru. Implikasi kajian ini amat penting dalam konteks keseimbangan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat Kampung Baru, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan; Ekonomi; Sosial; Masyarakat; Kampung
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21074
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Feb 2023 06:47
Last Modified:09 Feb 2023 06:41

Repository Staff Only: item control page