Lakuan bahasa arahan Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB : kajian kes blog Chedet.cc

Abd Ganing Laengkang, and Rohaidah Haron, and Ab Razak Ab Karim, (2022) Lakuan bahasa arahan Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB : kajian kes blog Chedet.cc. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 224-237. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
469kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kajian ini merupakan analisis lakuan bahasa arahan terhadap artikel Mahathir Mohamad dalam isu 1MDB. Lakuan bahasa arahan ialah ujaran yang meminta seseorang untuk melakukan sesuatu. Kerangka teori J.L Austin (1962) dan Searle (1979) digunakan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk arahan yang dilakukan oleh Mahathir. Sebanyak 40 artikel tentang 1MDB dalam blog chedet.cc yang diterbitkan antara tahun 2014 hingga 2018 dipilih untuk dianalisis. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif, iaitu analisis kandungan. Persoalan kajian ialah apakah bentuk-bentuk dan fungsi lakuan arahan yang kerap digunakan oleh Mahathir dalam isu 1MDB. Analisis mendapati sepuluh lakuan arahan dalam kritikan tersebut, iaitu lakuan desakan, cadangan, larangan, seruan, harapan, permintaan, nasihat, mencabar, menjemput, dan doa. Jumlah ujaran keseluruhan adalah sebanyak 128 kali dan lakuan desakan mencatatkan bilangan tertinggi, iaitu 72 ujaran (56.25%). Jumlah ini lebih separuh daripada jumlah keseluruhan lakuan arahan. Tempat kedua tertinggi ialah lakuan cadangan, sebanyak 17 ujaran (13.28%), kemudian lakuan larangan 12 ujaran (9.3%). Lakuan lain mencatatkan kekerapan di bawah sepuluh ujaran. Kajian ini merumuskan bahawa Mahathir banyak melakukan desakan terhadap pihak pengurusan 1MDB, sama ada mendesak Mohd Najib meletak jawatan, mendesak untuk memberi penjelasan, dan mendesak wakil rakyat Barisan Nasional untuk menjatuhkan Mohd Najib. Kesimpulannya, lakuan arahan sepanjang empat tahun tersebut menunjukkan sikap konsisten Mahathir dalam mendesak pihak pengurusan 1MDB. Dalam konteks bahasa, kajian ini memperlihatkan hubungan rapat antara tindakan arahan dengan negarawan dalam menyuarakan isu negara yang serius. Selain itu, kajian lakuan ini memberikan perkembangan baharu dalam ilmu linguistik dan meluaskan dimensi terhadap tindakan dan strategi negarawan dalam mengawal pemerintahan.

Item Type:Article
Keywords:Lakuan bahasa; Lakuan arahan; Mahathir Mohamad; Blog Chedet.cc; 1MDB
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21075
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Feb 2023 06:47
Last Modified:09 Feb 2023 06:22

Repository Staff Only: item control page