Pendekatan minat kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam

Ahmad Jafri Bahar, and Fariza Md. Sham, (2022) Pendekatan minat kepada pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 109-123. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
556kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pelajar hari ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan sama ada akademik atau pendidikan Islam. Matlamat pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam adalah untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara. Oleh itu, keberkesanan pendidikan Islam menjadi fokus utama ketika guru mengajar di sekolah. Menimbulkan minat pelajar terhadap matapelajaran pendidikan Islam adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan Islam untuk memastikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran pendidikan Islam sehingga dapat membentuk diri sendiri menjadi individu yang berguna dan mentaati perintah Allah. Justeru kepentingan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam akan dikaji dalam kajian ini. Metod yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif, menggunakan pendekatan analisis dokumen melalui dokumen primer dan dokumen sekunder bagi mengkaji konsep minat dari perspektif Islam, hubungannya serta aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam pelajar. Hasil kajian mendapati, elemen pendekatan minat sesuai untuk dimasukkan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Perbincangan ini memberi implikasi bahawa pendekatan minat mampu menjadi pendekatan alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam yang mengandungi nilai bersesuaian dengan diri pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Pelajar; Pendidikan Islam; Keberkesanan; Minat; Pendekatan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21079
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Feb 2023 06:47
Last Modified:09 Feb 2023 04:58

Repository Staff Only: item control page