Norhazimah Che Hassan, and Aisyah Abdul-Rahman, and Siti Ngayesah Ab Hamid, and Syajarul Imna Mohd Amin, (2022) Pengaruh efikasi kendiri fintech terhadap niat melabur dalam unit amanah patuh syariah di Malaysia. Jurnal Pengurusan, 66 . pp. 137-150. ISSN 0127-2713
|
PDF
362kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1569
Abstract
Kajian ini menganalisis pengaruh sikap, pengaruh sosial, dan efikasi kendiri teknologi kewangan (fintech) terhadap niat meneruskan pelaburan dalam unit amanah patuh Syariah (UAPS) dalam kalangan pelabur Muslim di Malaysia. Kajian ini mengumpulkan 223 responden melalui edaran soal selidik secara dalam talian ke seluruh Malaysia. Data yang diperoleh diuji menggunakan kaedah Partial-Least Square Structural Equation Model (PLS-SEM). Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan di antara efikasi kendiri fintech (EKF) dan niat melabur dalam UAPS. Selain itu, sikap dan pengaruh sosial juga berhubungan positif terhadap niat melabur dalam UAPS. Kajian ini membawa kepada perluasan Teori Tingkah Laku Terancang dengan menggantikan peranan persepsi kawalan tingkah laku kepada EKF dalam mempengaruhi individu untuk melabur dalam UAPS. Seiring dengan arus dan perkembangan teknologi terkini, kemahiran dan EKF amat penting untuk menyokong pertumbuhan industri UAPS. Kajian ini dapat memberi input kepada penggubal dasar dan pengurus dana untuk memantapkan lagi strategi pemasaran melalui peningkatan keyakinan dan akses pelabur terhadap penggunaan teknologi digital kewangan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Efikasi kendiri fintech; Fintech; Unit amanah patuh Syariah; Niat melabur |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 21084 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 08 Feb 2023 04:14 |
Last Modified: | 08 Feb 2023 04:14 |
Repository Staff Only: item control page