Peranan pengurusan dan persekitaran Kolej Profesional Mara dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) terhadap karakter pelajar

Wan Mukhtar Wan Muda, and Noor Azmi Mohd Zainol, and Sayuti Ab Ghani, and Amnah Saayah Ismail, and Rosmiza Mohd Zainol, (2022) Peranan pengurusan dan persekitaran Kolej Profesional Mara dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) terhadap karakter pelajar. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 171-187. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
695kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Peranan pihak pengurusan dan persekitaran merupakan elemen yang penting dalam menyokong pelaksanaan sesuatu program pendidikan yang membentuk karakter pelajar. Signifikan kajian ini adalah kerana pembentukan karakter pelajar sering dilihat dari aspek dalam kelas sahaja tanpa mengetengahkan peranan pihak pengurusan serta persekitaran kolej. Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan sokongan pihak pengurusan dan persekitaran kolej dalam pelaksanaan Program Mukmin Profesional (PMP) terhadap pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar di Kolej Profesional MARA (KPM). Subjek kajian terdiri daripada 674 orang pelajar semester akhir di KPM seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menganalisis dapatan kajian menggunakan model perisian SmartPLS. Hasil kajian mengesahkan sokongan pihak pengurusan dan sokongan persekitaran bertindak sebagai peramal yang penting kepada pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar. Berdasarkan perspektif statistik, dapatan kajian ini telah mengesahkan hipotesis bahawa konstruk sokongan pihak pengurusan dan konstruk sokongan persekitaran mempunyai hubungan yang signifikan kepada pembentukan karakter kepimpinan insaniah pelajar di KPM. Hasil kajian ini akan menjadi kayu ukur dalam memperkasakan lagi peranan kedua-dua elemen tersebut serta mengenalpasti elemen-elemen utama yang menyumbang kepada pemerkasaan karakter pelajar yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara sejajar dengan Pindaan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan golongan belia memainkan peranan yang lebih besar dalam pembentukan kepimpinan negara bangsa.

Item Type:Article
Keywords:Program Mukmin Profesional; Sokongan pengurusan; Sokongan persekitaran; Kolej Profesional MARA; Karakter kepimpinan insaniah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21085
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Feb 2023 06:47
Last Modified:09 Feb 2023 06:09

Repository Staff Only: item control page