Perdana Menteri Malaysia dan usaha islamisasi pasca kemerdekaan (1957-1981)

Mohammad Hasan Sharafi Che Mohd Adli, and Razaleigh Muhamat @ Kawangit, and Muhamad Faisal Ashaari, (2022) Perdana Menteri Malaysia dan usaha islamisasi pasca kemerdekaan (1957-1981). e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 188-206. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
446kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Islam merupakan agama persekutuan Malaysia dan merupakan salah satu faktor utama dalam politik dan kerajaan. Ia telah sebati dengan kehidupan dan cara hidup masyarakat Malaysia yang berindukkan orang Melayu beragama Islam sejak dahulu lagi. Sebagai sebuah negara bermajoriti muslim, Perdana Menteri selaku ketua kerajaan berasa bertanggungjawab menjalankan projek Islamisasi Malaysia hasil keadaan semasa dan desakan daripada pihak luar dan dalam kerajaan untuk memenuhi keperluan sebagai sebuah negara majoriti muslim. Pasca kemerdekaan yang ditandai selepas 31 Ogos 1957 sehingga sebelum perubahan menjadi negara industri menyaksikan Islam mula mendapat tempat dalam segenap aspek pentadbiran kerajaan secara berterusan berdasarkan sumber-sumber yang telah dirujuk. Kajian ini dilakukan bagi melihat dan menilai sejauh mana penglibatan usaha dan campur tangan kuasa perdana menteri terhadap penegakan dan penekanan amalan Islam dan Islamisasi di Malaysia. Pelbagai bahan telah disilang rujuk melalui kaedah kajian kualitatif menggunakan bahan kepustakaan sama ada secara fizikal atau dalam talian. Hasil kajian mendapati pelbagai usaha telah dilakukan oleh ketiga-tiga Perdana Menteri pasca kemerdekaan yang mana dilakukan secara berperingkat kerana mahu menjaga keharmonian kaum dan kestabilan negara yang baru sahaja mengecapi kemerdekaan. Fokus utama Islamisasi kerajaan pasca kemerdekaan dijalankan di dalam bidang pentadbiran, pendidikan, perundangan dan ekonomi. Ia berterusan sebagai suatu keperluan agenda Perdana Menteri Malaysia dalam merealisasikan Islam sebagai agama persekutuan. Islam memainkan peranannya tersendiri melalui Islamisasi dalam pembangunan negara ini pasca kemerdekaan yang diolah dan digarab oleh pemimpin negara dalam memimpin sebuah negara bermajoritikan orang Islam dan diimplentasikan sebagai latar asas budaya Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Item Type:Article
Keywords:Perdana Menteri; Islamisasi; Malaysia; Negara Islam; Indeks keislaman
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21086
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Feb 2023 06:47
Last Modified:09 Feb 2023 06:13

Repository Staff Only: item control page