Persekitaran sosial dan strategi untuk mengekalkan kesihatan dalam kalangan pekerja asing sepanjang pandemik Covid-19

Lily, Chia Hui Yi and Yew, Wong Chin (2022) Persekitaran sosial dan strategi untuk mengekalkan kesihatan dalam kalangan pekerja asing sepanjang pandemik Covid-19. e-Bangi Journal of Social Sciences & Humanities, 19 (7). pp. 365-378. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
425kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pekerja asing di Malaysia bersifat rentan terhadap COVID-19 atas faktor persekitaran sosial yang meningkatkan risiko jangkitan. Namun begitu, perspektif mereka yang mampu kekal bebas COVID-19 sepanjang pandemik kurang diketahui. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor persekitaran sosial yang menyebabkan impak pandemik dan strategi sokongan sosial yang diterima untuk mengekalkan kesihatan dalam kalangan pekerja Nepal di Selangor dan Negeri Sembilan, Malaysia. Pendekatan kualitatif telah digunakan dengan temu bual separa berstruktur bersama lapan orang pekerja asing warga Nepal bebas COVID-19, serta dua orang pemimpin agama sebagai informan utama di mana kaedah pensampelan bertujuan telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa impak psikososial berpunca daripada faktor undang-undang, iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mewujudkan norma baru. Sokongan informasional dan instrumental telah membantu mereka memahami dan mempraktikkan Prosedur Kendalian Standard (SOP). Sokongan emosional dan sokongan agama juga membantu mereka menangani masalah kesihatan mental. Tuntasnya, penentu sosial kesihatan utama, iaitu konteks sosial dan komuniti yang mewujudkan kestabilan ekonomi dan penjagaan kesihatan berkualiti telah menjamin kesihatan mereka semasa pandemik. Faktor sosial perlu lebih dititikberatkan dalam kerja menangani impak pandemik demi menjaga kesihatan awam secara lestari.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19 pandemik; Pekerja asing; Kesihatan awam; Sokongan social; Penentu sosial kesihatan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:21087
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:08 Feb 2023 06:47
Last Modified:09 Feb 2023 06:43

Repository Staff Only: item control page