Kompetensi pengurusan dan prestasi perniagaan : orientasi keusahawanan sebagai pengantara dalam PKS Malaysia

Suraiya Shafiee @ Ismail, and Azahari Ramli, and Shahrina Othman, (2022) Kompetensi pengurusan dan prestasi perniagaan : orientasi keusahawanan sebagai pengantara dalam PKS Malaysia. Jurnal Pengurusan, 66 . pp. 151-162. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
376kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1569

Abstract

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terdiri daripada 98.5% perniagaan di Malaysia gagal memenuhi sasaran KDNK negara dan menunjukkan prestasi yang merosot dan lemah yang memerlukan perhatian khusus. Orientasi keusahawanan merupakan faktor yang dirasakan mampu meningkatkan prestasi PKS. Oleh itu, kajian ini mengkaji kesan pengantaraan orientasi keusahawanan terhadap hubungan antara kompetensi pengurusan dan prestasi PKS di Malaysia. Seramai 159 orang responden telah dipilih melalui persampelan rawak mudah dari PKS di Malaysia. Hasil regresi membuktikan bahawa orientasi keusahawanan mempunyai kesan pengantaraan separa yang signifikan dan positif dalam hubungan antara kompetensi pengurusan dan prestasi PKS. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini dapat membantu pihak berkepentingan dengan PKS untuk menjalankan program dan strategi pembangunan yang memberi tumpuan kepada peningkatan kompetensi pengurusan dan orientasi keusahawanan untuk membantu PKS meningkatkan prestasi perniagaan.

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi pengurusan; Orientasi keusahawanan; Prestasi perniagan; Perusahaan kecil dan sederhana; PKS
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:21091
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:08 Feb 2023 05:06
Last Modified:09 Feb 2023 05:59

Repository Staff Only: item control page