Faktor penentu niat penggunaan e-dompet pasca pandemik COVID-19 di Malaysia : integrasi model UTAUT dan MAT

Syajarul Imna Mohd Amin, and Siti Ngayesah Ab Hamid, and Nur Hannah Norhisam, (2022) Faktor penentu niat penggunaan e-dompet pasca pandemik COVID-19 di Malaysia : integrasi model UTAUT dan MAT. Jurnal Pengurusan, 66 . pp. 109-121. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
420kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1569

Abstract

Pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mempercepatkan peralihan gaya hidup kepada masyarakat tanpa tunai dan penerapan transaksi pembayaran secara digital. Namun berbanding saluran pembayaran digital sedia ada, tahap penerimaan e-dompet dalam kalangan pengguna di Malaysia masih rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi niat penggunaan e-dompet dalam kalangan pengguna di Malaysia pasca pandemik COVID-19. Kajian ini mengintegrasikan model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan Mental Accounting Theory (MAT) dengan mengambil kira faktor tambahan persepsi faedah, persepsi keselamatan dan kepercayaan. Ia menggunakan teknik persampelan bertujuan dan mengumpulkan 303 respon melalui tinjauan soal-selidik. Berdasarkan analisis PLS-SEM, dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi faedah, persepsi keselamatan, kepercayaan dan pengaruh sosial memberi kesan positif ke atas niat penggunaan e-dompet. Manakala kesan jangkaan prestasi dan jangkaan usaha adalah tidak signifikan. Kajian ini dapat menyediakan maklumat kepada pihak industri untuk memahami tingkah laku pengguna pasca pandemik bagi membangunkan strategi perniagaan dan aplikasi pembayaran secara digital seperti menambah baik reka bentuk, kandungan, sistem dan fitur e-dompet.

Item Type:Article
Keywords:UTAUT; MAT; Kepercayaan; Persepsi keselamatan; Pembayaran digital; Pasca COVID-19
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:21093
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:08 Feb 2023 05:54
Last Modified:09 Feb 2023 06:02

Repository Staff Only: item control page